Seorang kanak-kanak warga asing tidak pernah terbayang bahawa beliau akan sampai ke Malaysia selepas bermain bersama kawan-kawannya di kampung halaman yang jauh di Bangladesh.

Kisah kanak-kanak malang ini dilaporkan oleh media tempatan di mana beliau dijumpai lemah dan tidak bermaya selepas 5 hari terkunci di dalam kontena.

Baca Juga:

Melalui kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak polis, difahamkan bahawa kanak-kanak tersebut telah masuk secara haram ke dalam kontena ketika kapal berlabuh dari Chittangong, Bangladesh.

Berdasarkan keterangan kanak-kanak tersebut, beliau dikatakan sedang bersama kawan di Chittagong dan masuk ke dalam kontena dan terkunci di dalamnya.

Beliau tidak dapat keluar dan berada di dalam kontena selama 5 hari. Ketika dijumpai oleh pihak pengurusan kapal, beliau berada dalam keadaan lemah dan tidak bermaya.

Kanak-kanak tersebut kini sudah dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan doktor yang merawat telah sahkan kanak-kanak tersebut berada dalam keadaan stabil.