Semasa satu Malaysia dikenakan perintah kawalan berkurung yang lebih ketat, namun masih ada segelintir rakyat Malaysia yang mengingkari arahan pihak kerajaan dengan keluar rumah pada waktu malam dengan melakukan aktiviti kurang bermoral.

Baru-baru ini, sekumpulan empat orang remaja termasuk seorang remaja berusia 16 tahun telah ditahan dalam Operasi Khas Samseng Jalanan di Batu Pahat, Johor pada malam Sabtu, lapor Astro Awani.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, kesemua ditahan yang baru berusia lingkungan umur 16 hingga 24 tahun itu dilihat menunggang motosikal sambil melakukan aksi menundukkan badan dan bersaing sesama sendiri.

vocket-empat-remaja-ditahan-lumba-motosikal-3
Sumber Gambar: Harian Metro

Menurut beliau lagi, sepasukan pegawai dan anggota mengekori sekumpulan motosikal yang sedang berlumba sesama sendiri sambil menundukkan badan dan melakukan aksi ‘zig-zag’ bermula dari hadapan Sekolah Menengah Sri Gading sehingga di Simpang Kampung Baru.

“Suspek sekali lagi dilihat melakukan aksi sama dari KM12 persimpangan lampu isyarat Sri Bengkal/Sengkuang yang mana aksi itu berbahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Setelah mereka ‘selesai’ berlumba, pasukan polis segera menahan dua suspek di hadapan restoran di Sri Gading pada 8.30 malam manakala dua lagi suspek ditahan di hadapan rumah masing-masing, terang Datuk Mohd Nadzri lagi.

Kesemua suspek dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Batu Pahat untuk tindakan lanjut serta kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Baru-baru ini, salah seorang daripada dua orang remaja yang maut akibat berlumba haram disahkan menghidap penyakit COVID-19.

Dua Remaja Maut Disyaki Lumba Haram, Salah Seorang Positif COVID-19

Cuak Nampak Kereta Peronda Polis, Mat Rempit Jatuh Motosikal Secara ‘Berjemaah’