Sebelum hari ini, berapa ramai daripada kita tahu mengenai Manohar Aich, Mr Universe pertama India? Saya mengaku, saya juga tidak mengenali beliau sebelum ini. Lelaki berusia 103 tahun ini adalah seorang lagenda didalam bidangnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pada usia sebegini sudah tentu kita tidak mampu untuk membina badan, tetapi beliau masih aktif didalam gimnasium dan melatih bakat-bakat baru didalam bidang ini. Beliau dilahirkan pada tahun 1912 di India. Beliau adalah orang pertama dari India yang menjadi pemenang Mr Universe pada tahun 1952 dan memenangi dua lagi gelaran yang sama pada tahun yang berikutnya.

Seterusnya beliau banyak bersaing dalam kejohanan-kejohanan bina badan yang diadakan diseluruh dunia. Beliau juga telah memenangi tiga pingat emas di Sukan Asia yang diadakan pada tahun 1951 di India, 1954 di Filipina dan 1958 di Jepun.

Beliau lebih dikenali sebagai “Pocket Hercules” kerana memiliki ketinggian yang berukuran 4 kaki 11 inci. Aich memulakan kerjayanya sebagai ahli bina badan sewaktu berusia 12 tahun yang mana pada ketika itu masih tidak banyak lagi gimnasium dan pusat kecergasan yang disediakan.

Kebanyakkannya teknik-teknik beliau direka oleh beliau sendiri dan menggunakan kekuatannya sendiri tanpa dibantu oleh orang lain. Latihan Manohar ini menjadi semakin serius sewaktu beliau berada di dalam penjara pada tahun 1942 dalam Tentera Udara Diraja diatas kesalahan beliau telah menampar seorang pegawai yang bersifat perkauman.

Beliau menggunakan sepenuhnya waktu itu untuk berlatih sehingga 12 jam sehari tanpa sebarang peralatan. Pihak berkuasa penjara begitu kagum dengan ketabahan, disiplin dan kerja keras beliau dan diberi diet khas untuk membantu membina stamina dan ia adalah satu tanda kemerdekaan India pada tahun 1947 yang membawa kepada pembebasan Aich ini.

Selama bertahun-tahun beliau mengambil bahagian dalam beberapa acara bina badan. Akhirnya, beliau menamatkan penglibatan beliau sebagai peserta pada tahun 2003, ketika itu beliau usia 90.

Untuk pengetahuan anda semua, lelaki itu tidak pernah merokok atau menyentuh alkohol. Kini beliau menjadi jurulatih di negaranya. Mr Aich akan sentiasa kekal sebagai inspirasi kepada peminat-peminat tegar sukan bina badan.

https://www.youtube.com/watch?v=4IebAtLi4ps