Seorang lelaki di Dakota Utara ditangkap setelah didakwa mengugut untuk membunuh bekas majikannya kerana tidak menerima permintaannya untuk menjadi rakan di Facebook, lapor LadBible.

Selain itu, Caleb Burczyk, berumur 29 tahun, turut didakwa melakukan kecurian dan keganasan terhadap bekas majikannya, menurut dokumen mahkamah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pada malam Krismas, Burczyk difahamkan mengirim permintaan menjadi rakan kepada bekas majikannya, yang tidak disebutkan namanya.

Setelah permintaan itu tidak diterima, Byrczyk terus mengirim ancaman, dengan mengatakan: “Terima permintaan teman saya atau saya akan membunuh anda.”

resize-5

Dia kemudiannya mengugut bekas majikannya bahawa akan terjadi sesuatu yang lebih buruk jika dia tidak menerima permintaan untuk menjadi rakan di Facebook.

Pihak berkuasa menyatakan bahawa dia telah memuat naik satu gambar dengan memakai kemeja lengan panjang dengan kapsyen bahawa keluarga bekas majikannya memerlukan pintu baru.

Facebook

Rakaman CCTV dari premis berkenaan menunjukkan lelaki itu menendang pintu depan rumah majikannya dengan memakai pakaian yang sama.

Di dalam satu keterangan di mahkamah, Burczyk difahamkan turut mengancam bekas majikannya di platform media sosial yang lain, termasuk di Snapchat.

Burczyk akan dihadapkan ke mahkamah pada 27 Januari untuk perbicaraan mengenai tuduhan terhadapnya.

Terdahulu, majikan di firma hartanah ini bayar bonus RM41 juta kepada 198 pekerjanya. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Majikan Di Firma Hartanah Ini Bayar Bonus RM41 Juta Pada 198 Pekerja