Seorang lelaki tampil menceritakan kisahnya melalui Reddit setelah diejek oleh bakal ibu mertuanya kerana membeli cincin pertunangan yang terlalu murah, lapor Mirror.

Lebih menyedihkan lagi apabila teman wanitanya bertindak mengembalikan cincin pertunangan yang dibeli pada harga £2,200 (RM11,000) kepadanya dan meminta untuk menukarnya dengan cincin yang berharga £7,500 (RM40,000)

HYPE
Lenovo Janjikan Pengalaman ‘Gaming’ Dan Kerja Lebih Lancar Dengan Legion 5 Dan G27q-20 Monitor
Baca lagi →

Lelaki itu kemudian meminta nasihat daripada pengguna Reddit, sama ada dia  harus menghabiskan sejumlah wang untuk membeli cincin pertunangan baru atau tidak.

“Saya dan pasangan telah berbincang mengenai pertunangan ini selama setahun atau lebih. Saya mempunyai pekerjaan yang baik sehingga saya mampu untuk membeli cincin pertunangan yang mahal dan jika saya mengikut 10% daripada peraturan terbabit, maka saya harus mengeluarkan sekitar 10-15k.

“Walau bagaimanapun, ibu bapa, kakak dan anak saudara saya telah dijangkiti COVID-19 tahun ini, saya memerlukan wang untuk terus membantu mereka untuk sementara waktu.

“Kakak saya pula telah kehilangan kerja jadi saya perlu membantunya, manakala tempat saya bekerja telah mengumumkan bahawa mereka akan memberhentikan 150 pekerja pada tahun depan,” tulis lelaki yang tidak dikenali.

Walaupun lelaki itu percaya dia bukan antara 150 orang yang akan diberhentikan kerja, namun tiada apa yang dapat menjamin masa hadapannya. Dia masih perlu menyimpan wang untuk situasi darurat dan disebabkan itu dia memilih cincin emas putih bertatahkan berlian yang berharga £2,200.

Dia menambah, pada mulanya, teman wanitanya sangat gemberi dengan cincin yang dibeli olehnya. Namun semuanya mula berubah selepas ibunya menyatakan bahawa cincin itu murah. Lebih teruk lagi, dia dituduh tidak mengambil hal ini dengan serius.

“Saya rasa seperti orang bodoh, dia enggan bercakap dengan saya, ibu bapanya menuduh saya menggunakannya dan memperlakukannya seperti sampah. Saya  cuba menjelaskan situasi saya tetapi mereka tidak mahu mendengar dan menuntut sekurang-kurangnya 10% cincin itu.”

Hantaran itu kemudiannya menimbulkan pelbagai reaksi dari netizen. Kebanyakan daripada mereka memilih untuk mempertahankan tindakan lelaki tersebut dan mengatakan bahawa lelaki itu tidak perlu menghabiskan wang untuk orang yang tidak tahu menghargai.

Terdahulu, seorang lelaki mula mengembara selepas putus tunang. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Putus Tunang, Lelaki Ini Gadai Cincin Dan Bawa Diri. Apa Yang Ditemui Selepas Itu Sangat Bernilai

Anda Mungkin Suka