Kuala Selangor merupakan destinasi pilihan ramai orang untuk menikmati suasana desa. Terbaharu, sebuah dokumentari di Kuala Selangor disiarkan di Malaysia Hari Ini berjaya membuat kami terpegun dan kagum.

Apa yang menarik perhatian kami adalah seorang lelaki berbangsa Cina yang dikenali sebagai Kuah Leong Chuan berumur 64 tahun merupakan pengukir batu nisan untuk orang Muslim.

Benar, anda tidak salah baca. Beliau sudah berpengalaman lebih 40 tahun dalam bidang mengukir batu nisan ini. Malah, batu granit keras digunakan untuk membuat batu nisan.

Sebut tentang batu nisan, teknik ukiran yang digunakan masih lagi menggunakan cara tradisional iaitu menggunakan tangan dan tulisan Jawi diukir pada batu nisan membuatkan kami lebih kagum dengan beliau. Difahamkan beliau belajar teknik mengukir batu nisan ini daripada bapanya ketika berusia 20 tahun.

Sebelum ini, beliau juga mengukir batu nisan untuk orang Cina dan India tetapi kini beliau lebih menumpukan pada pelanggan Melayu. Masa yang diambil untuk selesai proses mengukir dan menulis nama atau informasi si mati pada batu nisan mengambil masa satu jam.

EOUeIieU0AARcZr
Sumber: Nailah Huda

Antara maklumat yang diukir di atas batu nisan ialah perkataan Al-Fatihah serta maklumat si mati iaitu nama, tarikh lahir dan tarikh meninggal. Beliau turut menitik beratkan ayat-ayat yang tidak boleh diukir pada batu nisan walaupun mendapat permintaan daripada keluarga si mati.

Siapa sangka di sebuah pekan kecil terdapat kisah yang luar biasa ini. Bakat yang dimiliki Kuah Leong Chuan digunakan untuk berbakti kepada masyarakat yang pastinya memerlukan pelapisnya menyambung legasi. Agak menyedihkan sebenarnya kerana beliau adalah generasi terakhir sebagai pengukir batu nisan granit ini.

Sementara itu, di Negeri Sembilan, seorang penggunting rambut berbangsa Cina sering menyanyikan lagu-lagu P.Ramlee untuk pelanggannya. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Persis Nyanyian P Ramlee, Warga Emas Nyanyi Lagu P Ramlee Sambil Gunting Rambut Pelanggan

Restoran Halal Unity Kitchen Milik Warga Malaysia Ini Makin Dikenali Di Cambodia

Bagaimana Tekanan Hidup Ubah Lelaki Ini Daripada Pengutip Sampah Ke Jutawan Berjaya

Sumber