Seorang lelaki bernama Mark Bryan menjadi topik hangat kerana cara dia berpakaian. Gaya pakaiannya diperdebatkan secara dalam talian kerana dia suka memakai skirt dan kasut tumit tinggi setiap hari untuk bekerja.

Gambar Mark dengan pakaian kerja hariannya viral di media sosial. Penampilan lelaki Amerika yang tinggal di Jerman dikatakan luar biasa. Dengan kepala yang dicukur botak dan bertubuh besar, dia memakai skirt pendek dan kasut tumit tinggi seperti wanita.

BeFunky-collage (80)
HYPE
Nikmati Ais Krim Terbaru Paddle Pop Minions Caramel And Chocolate
Baca lagi →

Mark, yang sering memuat naik gambarnya berpakaian wanita di Instagram dan Pinterest, menyatakan bahawa, selain mahu memecahkan stereotaip bahawa skirt dan kasut tumit tinggi hanya milik wanita, dia juga mengakui bahawa dia mengagumi wanita ketika mereka berpakaian seperti itu.

“Saya berpakaian seperti ini kerana saya boleh. Saya selalu mengagumi wanita yang memakai skirt dan tumit tinggi. Bukan secara seksual tetapi kekuatan yang mereka tunjukkan. Saya tidak berpakaian untuk menjadi seksual tetapi berpakaian seperti wanita profesional.”

Mark juga berpendapat bahawa pakaian sebenarnya tidak mempunyai jantina. “Bagi saya, pakaian tidak mempunyai jantina. Pakaian tidak membiarkan saya mencampur jantina. Saya memilih penampilan maskulin di atas dan pakaian yang tidak mempunyai jantina di bawah pinggang,” katanya.

Mark gemar memakai skirt berbanding seluar. Dia juga mengaku berasa kagum dengan kasut tumit tinggi yang dapat boleh disesuaikan mengikut gaya atau cuaca.

Dia juga menekankan bahawa dia bukanlah homoseksual. Dia telah berkahwin selama 11 tahun dan mendapat sokongan dari isteri untuk berpakaian seperti wanita. “Isteri saya sering memberi nasihat mengenai apa yang harus saya pakai,” kata Mark.

Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

‘Allah Sangat Baik Pada Saya’ – Kisah Lelaki Ini Hijrah Keluar Dari Kelamnya Dunia LGBT

Perkenalkan Beg Pelangi Tanda Sokong Kempen LGBTQ, Netizen Mula Berkira Mahu Boikot IKEA?

Anda Mungkin Suka