Pepatah sambil menyelam minum air bermaksud mengambil kesempatan untuk melakukan beberapa perkara lain sambil melakukan satu pekerjaan. Tetapi tahukah anda menurut Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, ada satu lagi peribahasa yang berbunyi berkayuh sambil ke hilir.

Sama juga dengan peribahasa yang kita sentiasa dengari sebelum ini, ia juga membawa maksud yang sama. Secara mudahnya dapat melakukan pelbagai perkara atau kerja dalam satu-satu masa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagaikan kena dengan peribahasa berkayuh tadi, seorang lelaki di Sarawak boleh dikatakan melakukan perkara yang hampir sama apabila beliau turut melakukan perkara lain ketika sedang mengayuh basikal.

photo_2020-12-03_16-08-21
Basikal yang digunakan lelaki berkenaan. FOTO: SUARA SARAWAK

Cuma bezanya kali ini dia bukanlah melakukan perkara yang baik dan terpuji tetapi disyaki menjalankan kegiatan jenayah pecah rumah ketika penghuni sesebuah rumah sedang nyenyak tidur.

Kegiatan tidak bermoral lelaki berkenaan yang memecah masuk rumah menggunakan basikal itu dilaporkan berlaku di Sarawak. Ianya terbongkar apabila beliau ditangkap oleh Pasukan Cegah Jenayah Balai Polis Padungan di Jalan Petanak sekitar jam 3.45 pagi seperti dilaporkan portal Suara Sarawak.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Merbin Lisa, suspek yang ditangkap merupakan seorang lelaki yang berusia 30-an serta mempunyai beg yang dipenuhi dengan peralatan bagi kegiatan pecah rumah.

129294721_1760469717464064_6303574267031036265_n (1)
Peralatan yang dirampas bersama. FOTO: SUARA SARAWAK

“Pemeriksaan ke atas beg yang dibawa suspek menjumpai pelbagai peralatan yang dipercayai digunakan untuk kegiatan pecah rumah.

“Malah suspek turut gagal memberikan keterangan munasabah berkenaan pemilikan sebenar basikal yang digunakannya,” katanya dalam kenyataan semalam.

Tidak cukup dengan itu, apabila disoal siasat, suspek turut mengesahkan bahawa beliau pernah memecah masuk sebuah pejabat kelas tuisyen di Jalan Mendu pada Julai lepas. Selain itu, Merbin turut mengatakan bahawa semakan rekod jenayah telah mendapati suspek mempunyai rekod lampau penyalahgunaan dadah.

“Ujian saringan mendapati suspek positif dadah jenis Methampethamine.

“Suspek mengakui melakukan kegiatan pecah rumah dan curi untuk mencari wang mudah bagi membeli bekalan dadah,” kata Merbin.

Suspek akan direman sehingga 7 Disember ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 457, Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan juga denda atau sebat bagi kesalahan kedua dan seterusnya.

Baca juga perkongsian kami sebelum ini mengenai perompak yang mempunyai hobi membaca dan telah kumpul buku curi bernilai RM13.1 juta pada pautan di bawah.

Perompak Yang Hobinya ‘Membaca’, Kumpul Koleksi Buku Curi Bernilai RM13.1 Juta

Persis Filem Shawshank Redemption, Banduan Ini Larikan Diri Dari Penjara Dengan Menggali Lubang