Sejak akhir-akhir ini, dapat dilihat semakin ramai anak muda yang kreatif mempamerkan bakat mereka baik dari segi ubahsuai mahupun bakat seni mereka.
Pada kali ini, seorang pengguna Twitter bernama Roshen Manghhan berjaya mencuri perhatian netizen dengan mengubahsuai Perodua Myvi beliau dengan konsep Tesla.
So a few months back, I was thinking of what to build / invent, in conjunction with Hari Malaysia (Tomorrow, 16/9), & I kept thinking of what Malaysians love…& then I discovered the ideal project..
So I decided to turn our legendary car, the Myvi, into "somewhat" of a Tesla pic.twitter.com/pNU9GIQfer
— roshen maghhan part 2 (@roshenmaghhan) September 15, 2019

Bermula dengan sekadar projek, beliau mengongsikan pemilihan kereta Myvi adalah disebabkan kereta ini merupakan kereta yang popular di Malaysia. Projek digunakan dengan menggunakan Arduino bagi membolehkan kereta beliau dihidupkan dan dimatikan hanya menggunakan telefon pintar.
Melihat kepada lebih banyak fungsi yang mampu dihasilkan, beliau turut mempertingkatkan sistem yang dihasilkan beliau yang membolehkan beliau mengawal tingkap kenderaan dan memainkan muzik dalam kereta tersebut menggunakan telefon pintar.
So yea, then after weeks of designing, engineering & coding, I got it to successfully work
So now, it can turn on/off the car, play music & roll down the windows, all through my phone pic.twitter.com/YESRnBed1K
— roshen maghhan part 2 (@roshenmaghhan) September 15, 2019
Selepas beberapa minggu beliau mengusahakannya, projek beliau dilihat berjaya selepas apa yang dimahukan tercapai. Anda boleh tonton tweet diatas untuk melihat hasil projek beliau.
Masih tidak berpuas hati dengan apa yang dilakukan, beliau pada kali ini berjaya mencuri perhatian netizen dengan menghasilkan sistem yang membuatkan Perodua Myvi beliau bagai sebuah kereta keluaran Tesla.
Melalui projek yang dihasilkan, beliau kini mempunyai lebih banyak pilihan untuk dikawal menggunakan telefon pintar dimana Myvi beliau kini boleh dikawal untuk bergerak ke hadapan mahupun ke belakang melalui aplikasi yang dihasilkan. Anda boleh lihat hasil penuh hasil kerja @roshenmaghhan melalui tweet dibawah.
So then I decided to do the same thing la HAHA. Again, this was done externally as well pic.twitter.com/CizrrKzsRA
— roshen maghhan part 2 (@roshenmaghhan) September 15, 2019
Difahamkan pergerakan kereta beliau yang perlahan menggunakan telefon pintar berikutan beliau mengehadkan had kelajuan kepad 1km/h untuk tujuan keselamatan. Disebalik ubahsuai yang dihasilkan, beliau mengakui masih banyak perlu boleh diperbaiki melihat kepada kekangan wang dan gadget yang digunakan memandangkan projek ini sepenuhnya menggunakan wang beliau.
Walau bagaimanapun, tahniah kami ucapkan buat Roshen diatas hasil kreativiti beliau. Semoga beliau mampu hasilkan prototaip yang lebih hebat selepas ini.
Teruja dengan kisah anak muda yang kreatif ini? Kami kongsikan kepada beberapa lagi usaha anak muda Malaysia yang berjaya mencuri perhatian para netizen. Klik pautan dibawah untuk membacanya.
Dua Beradik Ini Hasilkan Model Replika Y15ZR Beserta Bengkel Menggunakan Kotak Terpakai
Belum Mampu Membeli, Remaja 14 Tahun Ini Hasilkan ‘Powerbank’ Buatan Sendiri Untuk Abangnya