Wang ringgit, pangkat, kedudukan, harta benda dan cahaya mata yang cemerlang bukanlah kayu pengukur sebuah kebahagiaan dalam rumah tangga. Apa yang penting dalam mengecapi kebahagian ialah saling menyayangi antara satu sama lain.

Kita juga perlu menerima baik dan buruk pasangan kerana tujuan manusia dilahirkan berpasang-pasangan adalah untuk saling melengkapi antara satu sama lain.

Seperti kisah lelaki yang berumur 50 tahun ini apabila beliau sanggup menjadi Spider-Man demi membiaya rawatan isterinya yang kurang upaya. Gelagat adiwira tersebut menolak kerusi roda wanita berstatus orang kurang upaya (OKU) di sekitar Georgetown, menarik perhatian orang ramai terutama kanak-kanak.

78424260_561989064590210_1871670730970628096_o
Kredit gambar: Harian Metro

Menurut Harian Metro, lelaki di sebalik topeng itu bernama Ahmad Shakirin Mohd Zain, 50. Beliau telah berkecimpung sebagai penghibur jalanan sejak setahun lalu sebagai satu cara untuk mendapatkan pendapatan sampingan bagi membiayai rawatan perubatan isterinya.

Beliau sebelum ini bekerja sebagai pelukis di Pasar Seni, Kuala Lumpur manakala isterinya Nur Aznita Mohd Ismail, 37 merupakan seorang tukang masak di restoran terkenal di ibu kota.

Namun nasib malang menimpa isterinya apabila wanita itu pernah terjatuh di bilik air menyebabkan dia mengalami serangan angin ahmar dan kerana menghidap kencing manis, kaki kanannya terpaksa dipotong daripada lutut ke bawah.

Sumber: Facebook Kerja Viral

Setelah daripada kejadian itu, pasangan ini berpindah ke Pulau Pinang untuk mencuba nasib mencari rezeki seperti ini. Difahamkan beliau dan isteri menjadikan bilik tumpangan dengan kadar sewa RM55 sehari di tengah bandar raya sebagai tempat berteduh.

Menurutnya lagi, sebelum ini pendapatannya bergantung kepada hasil upah melukis dan menjual lukisan di beberapa lokasi tumpuan pengunjung sekitar ibu kota. Namun, melihatkan ramai kenalannya mampu meraih wang dengan berpakaian adiwira, dia membeli sut pakaian itu menerusi dalam talian dengan harga RM180.

Tambah beliau lagi, beliau dan isteri  sangat sukakan kanak-kanak tetapi masih belum mempunyai rezeki cahaya mata. Namun, dengan cara ini dapatlah kami menghiburkan kanak-kanak itu.

Beliau menjelaskan bahawa ‘aksi’nya itu bukanlah bertujuan untuk meminta-minta, tetapi mereka pernah menerima sumbangan sebanyak 20 sen selepas diminta beraksi Spider-Man dan bergambar dan dia tetap menerima sumbangan itu kerana paling penting ialah keikhlasan si pemberi.

Ahmad Shakirin merancang setelah isterinya sembuh kelak, beliau bercadang mahu menjana pendapatan dengan menjual makanan berikutan kepakarannya dalam menyediakan pelbagai jenis masakan

Dikepilkan beberapa artikel inspirasi yang sesuai untuk bacaan anda. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Cara Lelaki Ini ‘Ajar’ Penumpang Buang Sampah Dari Kereta Dipuji Netizen

Netizen Puji Usaha Pemuda Ini Bantu Selesaikan Masalah Banjir Di Kuala Lumpur

Lihat Cara Pengawalan Banjir Yang Sangat ‘Advanced’ Di Jepun

Sumber