Seorang lelaki dari Besut, Terengganu yang tular kerana membina 11 bonggol di jalan sekitar rumahnya baru-baru ini bakal menerima bantuan psikososial daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Bantuan itu menurut Astro Awani telah ditawarkan oleh Unit Khidmat Psikologi dan Kaunseling (UKPK) universiti tersebut menerusi satu panggilan telefon yang dibuat Pensyarah Kanan Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia UKM Dr Nazirah Hassan pagi tadi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lelaki tersebut, Nor Muhamad Roslam Harun difahamkan telah menerima tawaran tersebut dan turut mengakui beliau sebelum ini mungkin mengalami masalah mental ketika dihubungi.

“Setelah kami berbual menerusi telefon, Nor Muhamad Roslam mengaku bahawa beliau mungkin mengalami masalah kesihatan mental.

“Namun tidak tahu bagaimana dan di mana untuk mendapatkan bantuan, sebab itulah juga beliau bersetuju untuk menerima khidmat UKPK,” katanya seperti dilaporkan Astro Awani yang memetik Bernama.

Untuk tujuan bantuan berkenaan, pihak mereka menjelaskan akan melakukan beberapa sesi rawatan secara dalam talian untuk menentukan status psikologi lelaki berkenaan.

Tindakan Nor Muhamad Roslan sebelum ini yang membina beberapa bonggol di sepanjang jalan 40 meter berhampiran rumahya menjadi bualan netizen dalam negara.

Ia selepas terdapat individu yang difahamkan juga penduduk kampung berkenaan memuat naik dan berkongsikan perkara berkenaan di media sosial.

Bagaimanapun, selang beberapa hari, beliau kemudiannya dilaporkan telah menghancurkan struktur binaan bonggol tersebut dan meminta maaf kepada mereka yang terjejas dengan tindakannya.

Ketika menjelaskan mengenai pembinaan bonggol tersebut, beliau memberitahu ianya dibina bagi mengelakan kenderaan daripada melalui jalan tersebut dengan laju kerana ia berada berhampiran dengan bilik tidurnya.

Baca perkongsian penuh kami sebelum ini mengenai penjelasan beliau melalui pautan di bawah.

Bina 11 Bonggol Dalam Jarak 40 Meter, Individu Bertanggungjawab Tampil Mohon Maaf

Motosikal Di Atas Peti Surat Dipercayai Bukan Disebabkan Salah Pemilik

MPK Kecewa Laluan Ke Teluk Tongkang Kerap Diceroboh Geng Basikal Tidak Bertanggungjawab

Sumber