Adakah anda masih ingat akan sebuah video viral yang memaparkan tiga individu sengaja membunuh seekor kucing bunting dengan cara memasukkannya ke dalam mesin pengering di sebuah dobi di Gombak pada tahun lalu?

Salah seorang tertuduh, K. Ganesh berusia 42 tahun telah dijatuhi hukuman penjara 34 bulan dengan denda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen Selayang semalam. Tambahan 4 bulan penjara akan dikenakan sekiranya tertuduh gagal membayar denda berkenaan.

BeFunky-collage-42
HYPE
Pengalaman Berharga, McDonald’s Tawar Peluang Untuk Anda ‘Spend Time’ Bersama Finalis AJL 35
Baca lagi →

sumber: free malaysia today

Hakim, Rasyihah Ghazali membuat keputusan itu terhadap tertuduh selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Hakim turut menegaskan bahawa hukuman tersebut dikenakan supaya ianya menjadi pengajaran buat tertuduh dan masyarakat di luar sana supaya tidak berlaku zalim kepada haiwan.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 29(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Rakan tertuduh, A Mohanraj, 42, dijatuhkan hukuman penjara selama 2 tahun, atas kesalahan sama dan seorang lagi lelaki, SS Satthiya, 26, dilepaskan tanpa dibebaskan daripada pertuduhan sama.

Kesalahan tersebut dilakukan di premis Dobi Queen Self Service Laundry Taman Gombak Ria, Jalan Gombak Ria, Taman Gombak Ria, Batu Caves, antara 12.54 tengah malam dan jam 1 pagi pada 11 September 2018.

Perbuatan tiga individu terbabit kemudiannya tersebar di media sosial dan menerima kecaman masyarakat dan warganet sebelum Persatuan Haiwan Malaysia bertindak membuat laporan polis dan mereka ditahan pihak polis.

Terdahulu, Wanita yang melanggar 8 kanak-kanak dua tahun lalu dibebaskan membuatkan keluarga mangsa terkilan. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Ibu Bapa 8 Mangsa Tragedi Langgar Terkilan Dengan Keputusan Mahkamah

Kematian Muhammad Adib Disahkan Kerana Dipukul Beberapa Individu Tidak Dikenali

Pihak Pendakwaan Mahu Buktikan Bekas CEO Cradle Fund, Nazrin Hassan Mati Dibunuh

Anda Mungkin Suka