Polis di wilayah timur China, Zhejiang telah menahan seorang lelaki yang dituduh menjual anaknya yang berusia dua tahun dan menggunakan wang yang diperoleh  untuk bercuti, lapor South China Morning Post.

Lelaki itu, yang diberi nama Xie, difahamkan selalu bertengkar dengan bekas isterinya dan didakwa telah menjual anak lelaki yang diberi nama Jiajia untuk meringankan beban penjagaan anak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terdahulu, Xie telah diberikan hak penjagaan anak terbabit setelah dia bercerai dengan isterinya yang mendapat hak jagaan anak perempuan. Bagaimanapun, disebabkan Xie bekerja di bandar yang lain, dia sering meninggalkan Jiajia kepada abangnya, Lin atau ahli keluarganya yang lain untuk dijaga.

Difahamkan, pada bulan lalu, Xie telah bertindak membawa anaknya pergi dan memberi alasan kepada ahli keluarganya bahawa bekas isterinya mahu berjumpa dengan anak lelaki mereka.

Beberapa hari kemudian, Lin mendapati anak saudaranya itu tidak mengunjungi ibunya dan dia yang ragu-ragu dengan perkara terbabit terus menghubungi pihak polis setelah Xie enggan menjawab pertanyaan Lin.

Hasil siasatan polis mendapati bahawa Xie telah menjual anak lelakinya kepada pasangan di Changshu, sebuah kota di provinsi Jiangsu, dengan harga 158,000 yuan (RM100,000) dan menggunakan wang itu untuk membawa isterinya yang baru bercuti.

Kini, pasangan dari Jiangsu terbabit bakal dihadapkan ke mahkamah dan Jiajia sudah dikembalikan kepada jagaan bapa saudaranya pada akhir bulan lalu.

Laporan itu juga menyebut bahawa Xie dan bekas isterinya mempunyai dua anak perempuan yang lain, di mana kedua-duanya telah ‘diberikan’ kepada keluarga lain.

Naib presiden Nike letak jawatan selepas terpalit skandal bisnes ‘reseller’ milik anaknya. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Naib Presiden Nike Letak Jawatan Selepas Terpalit Skandal Bisnes ‘Reseller’ Milik Anaknya

Harley-Davidson Bakal Mula Menjual Basikal Elektrik Kanak-Kanak

Dilukis Oleh Seekor Babi, Lukisan Wajah Putera Harry Ini Dijual Pada Harga RM13,000