Seorang lelaki di Indonesia mendadak kaya apabila batu meteor yang jatuh dan menghentam rumahnya pada Ogos 2020 telah dibeli oleh seorang rakyat Amerika Syarikat dengan harga 1.4 juta pound (sekitar RM7.6 juta).

Daily Mail melaporkan, Josua Hutagalung, lelaki yang berasal dari Tapanuli Tengah, Sumatera Utara, berjaya menjual batu meteor itu kepada seorang pemungut yang bernama Jored Collins.

BeFunky-collage (93)
HYPE
Tahan Lebih Daripada 3 Tahun, Huawei MateBook 14 Ini Akan Mengubah Hidup Anda
Baca lagi →

Setelah dianalisis, meteor itu diklasifikasikan sebagai CM1/2 carbonane Chondrite. Dipercayai batu itu berusia 4.5 bilion tahun dan merupakan salah satu meteorit yang terhebat pernah ditemukan.

5f29320caed4c

Jared yang bekerja sebagai pakar meteor dan berpusat di Bali telah dihantar oleh seorang lelaki bernama Jay Piatek untuk melihat sendiri penemuan tersebut dan membeli batu itu daripada Josua.

Setelah berjaya menyakinkan Josua untuk menjual batu itu, Jared terus mengirim batu itu ke AS dan sekarang ia berada dalam koleksi Jay Piatek, seorang doktor dan pengumpul meteorit dari Indianapolis.

Josua, yang mempunyai tiga anak lelaki, menyatakan bahawa dia merancang untuk bersara dan menggunakan sejumlah wang yang diperolehi untuk membangunkan gereja di perkampungannya.

Tiba-tiba viral

Ogos lalu, Josua tiba-tiba menjadi viral di media sosial. Dia yang bekerja sebagai pembuat keranda itu mengaku bahawa rumahnya telah dihentam dengan batu yang jatuh daripada langit.

Josua berkata, pada hari Sabtu, tanggal 1 Ogos 2020, sekitar jam 4.00 petang ketika dia sedang menyiapkan sebuah keranda di kediamannya, tiba-tiba dia terdengar suara dentuman yang kuat dari atas.

35779006-8958151-Josua_Hutagalung_33_was_working_on_a_coffin_next_to_his_house_wh-a-132_1605629054506

Dia yang terkejut terus memeriksa sekitar kawasan rumahnya dan mendapati bumbungnya bocor dan terdapat batu besar yang berada di lantai. Josua menjelaskan bahawa batu yang dijumpainya itu seberat 2.2 kilogram dan terbenam sekitar 15 cm di dalam tanah.

Tanpa berfikir panjang, dia terus menggali untuk mengambil batu tersebut, dan ketika dia mengangkat batu tersebut, ia masih terasa hangat dan sebahagian daripadanya sudah pecah.

“Berita itu sangat menggembirakan dan viral. Sebenarnya, banyak wartawan tempatan dan nasional telah datang untuk membuat liputan mengenai kejadian ini,” kata Josua.

Terdahulu, NASA sedang mengkaji sebuah asteroid gergasi yang bernilai RM 41,563,418,211,000,000,000. Klik pautan di bawah untuk membaca.

NASA Kaji Asteroid Gergasi Yang Bernilai RM41,563,418,211,000,000,000

NASA Tawar RM85,000 Kepada Sesiapa Yang Berjaya Mencipta Tandas Dan Ini Adalah Syaratnya

Anda Mungkin Suka