Seorang sukarelawan vaksin dari China, Sinovac telah diuji positif wabak COVID-19 setelah kembali dari Semarang, Indonesia.

Dia yang disuntik dengan vaksin dari China sebulan lalu adalah sebahagian daripada 450 sukarelawan percubaan klinikal yang dilakukan di Bandung.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kusnandi Rusmil, Ketua Pasukan Penyelidikan Klinik Vaksin Covid-19 di Fakulti Kesihatan, menjelaskan bahawa sukarelawan tersebut dijangkiti dengan wabak terbabit sebelum suntikan tahap kedua.

“Dia telah menjalani suntikan pertama. Ketika sampai di Semarang, dia menerima ujian yang positif,” kata Kusnandi.

Difahamkan, berdasarkan prosedur, sukarelawan yang bersetuju untuk mencuba ujian klinikal dilaran meninggalkan bandar dan mesti menjaga keadaan tubuh badan mereka.

Sekiranya terpaksa meninggalkan bandar, sukarelawan diminta untuk melapor kepada pasukan penyelia ujian klinikal.

Terdahulu, negara Indonesia yang terkesan teruk dengan pandemik COVID-19 dilaporkan sedia membangunkan vaksin Merah Putih seawal pertengahan tahun 2021.

Menurut Presiden Indonesia Joko Widodo, penyelidikan dan pembangunan vaksin ini kini sedang dijalankan di Lembaga Biologi Molekuler Eijkman (LBM) menerusi kerjasama syarikat dari China menggunakan DNA virus asli Indonesia.

Tambahnya lagi, pengeluaran awal vaksin ini secara tidak langsung membuatkan Indonesia menjadi negara terawal di Asean yang menghasilkannya.

Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Indonesia Sedia Bangunkan Vaksin COVID-19 Yang Dinamakan Sebagai Merah Putih

Imam Di Indonesia Nekad Ke Masjid Untuk Pimpin Solat Terawih, Tidak Percaya Dirinya Positif COVID-19

Gara-Gara Pulang Dari Jakarta, Penduduk Kampung Di Indonesia Jadi Mangsa COVID-19

Sumber