Berang ditegur tidak memakai pelitup muka ketika memasuki sebuah kedai serbaneka, seorang lelaki di Ipoh, Perak dilaporkan bertindak di luar kawalan terhadap pekerja di kedai berkenaan.

Tindakannya ketika itu berjaya dirakam salah seorang saksi yang berada lokasi kejadian sebelum tular di media-media sosial sejak beberapa hari ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam kejadian yang berlaku malam Isnin itu, lelaki berkenaan bukan sahaja memaki hamun pekerja namun turut meludah salah seorang daripada mereka ketika pertengkaran tersebut berlaku.

photo_2020-12-02_14-29-02

Pertenglingkahan berkenaan bagaimanapun tidak berlanjutan apabila salah seorang lagi pelanggan kemudiannya menarik lelaki berkenaan ke tepi selepas beliau meludah pekerja wanita itu.

Susulan daripada kejadian itu, pekerja kedai berkenaan kemudiannya menghubungi pihak polis dan menyaksikan beliau diberkas pada semalam seperti dilaporkan Harian Metro.

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz, kejadian berkenaan berlaku selepas suspek mengeluarkan kata makian serta meludah wanita itu sehingga hampir menyebabkan tercetusnya pergaduhan.

“Bagaimanapun ianya sempat dihalang oleh seorang lagi pekerja kedai itu selain video yang sempat dirakam ketika insiden mula ditularkan.

“Suspek ditahan selama 24 jam bagi membantu siasatan dengan dia turut mengaku berada dalam keadaan mabuk sewaktu kejadian,” katanya.

Kes berkenaan disiasat kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 iaitu mencetuskan pergaduhan secara gempar di tempat awam selain bekelakuan aib

Suspek juga menurut beliau turut dikenakan kompaun kerana telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)

Penahan suspek dan kompaun yang dikenakan itu menurutnya sekaligus menjadikan kes berkenaan dianggap selesai dan beliau pada masa sama meminta agar ianya tidak lagi ditularkan.

Baca juga perkongsian semasa yang lain daripada kami melalui pautan di bawah. 

Taktik Sindiket Seludup Daging Haram Dan ‘Rebrand’ Dengan Logo Halal Di Johor Terbongkar

Tak Jaga Kebajikan Pekerja, Kerajaan Buka 19 Kertas Siasatan Terhadap Top Glove

Punggah Roti Tanpa Bungkusan, Video Tular Ini Buat Netizen ‘Husnuzon’ Berjemaah

Sumber