Kami percaya bahawa setiap individu yang menggunakan internet dan media sosial pastinya pernah melihat wajah lelaki ini yang menjadi meme popular di seluruh dunia.

Sumber: Youtube

Namun begitu, Lelaki yang bernama Gerry Alanguilan ini telah meninggal dunia semalam (20 Disember) disebabkan oleh penyakit yang tidak didedahkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kematiannya disahkan dan diumumkan oleh isterinya, Ilyn Alanguilan di Facebook, kata Newsarama. Lelaki Filipina yang berusia 51 tahun ini bukanlah sekadar seorang lelaki biasa. Namun, dia adalah seorang artis buku komik yang telah bekerja untuk Wetworks, X-Men, Superman: Birthright, Wolverine, dan sebagainya. Ramai orang mungkin tidak tahu tentang perkara ini, tetapi dia bekerja sebagai inker untuk buku komik yang disebutkan di atas.

Sumber: Newsrama

Ketua Editor Marvel, C.B. Cebulski turut meluahkan kesedihannya melalui akaun Twitter beliau. Beliau mengatakan Gerry Alanguilan merupakan seorang penulis dan inker yang mempunyai bakat menakjubkan dan masyarakat seni Filipina telah kehilangan seorang kawan dan wira mereka.

Gerry Alanguilan juga dikenali kerana ciptaan beliau, seperti Johnny Balbona, Humanis Rex!, ELMER, Timawa, dan Where Bold Star Goes to Die.

Sumber: Twitter @jasonaquest
Sumber: Komik Advocate
Sumber: Komikero

Pemergiannya pastinya mengejutkan ramai pihak, dan kebanyakan daripada kita hanya mengenali beliau disebabkan meme sahaja tetapi beliau merupakan seorang artis komik yang berbakat besar.

Kenali kucing di sebalik ‘Meme’ yang tular di seluruh dunia ini di bawah. Klik pautan untuk bacaan lanjut.

Kenali Kucing Di Sebalik ‘Meme’ Yang Tular Di Seluruh Dunia Ini

Suspek Pukul Pengawal Keselamatan Pula Jadi Bahan ‘Meme’ Netizen

Tular Langgar Kereta, ‘Meme’ Pemandu Honda Jazz Hiburkan Netizen

Sumber