Mungkin ia kedengaran sedikit pelik namun itulah yang berlaku kepada seorang buruh ladang yang juga merupakan suspek kes tetak yang berlaku di Terengganu.

Bukan saja mendakwa boleh bercakap dengan Tuhan namun menurut isteri mangsa, suspek juga ada memberitahu boleh melihat dajjal sebelum meluru ke arah suaminya dan menetak mangsa menggunakan parang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
joko
FOTO: PDRM

Dalam kejadian awal pagi semalam di Terengganu itu, mangsa bersama keluarganya sebelum itu berkunjung ke rumah suspek yang berada di kawasan ladang untuk menikmati makan malam bersama.

Namun selepas selesai menjamu selera, suspek kemudiannya turun untuk menebas belukar di sekitar kawasan rumah sebelum mengambil keputusan untuk menetak mangsa di kepala.

Bercerita mengenai kejadian itu, isteri mangsa Rosnah Muhamed, 34 memberitahu suspek dan mangsa adalah rakan sejak empat tahun yang lalu.

Bagaimanapun, makan malam bersama itu bertukar menjadi tragedi selepas suspek datang mneghampiri keluarga mangsa sebelum pulang ke rumah mereka di Kampung Cacar Paka.

“Lepas tu dalam pukul satu, dia beritahu abang (suami) dia boleh cakap dengan Tuhan, boleh nampak dajjal, macam-macam dia kata dia boleh nampak.

“Lepas tu abang pun tanya dia, ‘Ada masalah ke? Kalau ada masalah khabar lah (beritahu lah)’, tapi dia kata tak ada masalah,” kata Rosnah.

Kejadian itu mengakibatkan suaminya Mohd Zukanain Abd Aziz, 39 maut selepas mendapat kecederaan teruk di bahagian leher.

Isteri mangsa juga turut dilaporkan mendapat kecederaan di bahagian jari.

Suspek yang mendakwa boleh bercakap dengan tuhan dan melihat dajal itu bagaimanapun telah ditahan pihak polis beberapa jam selepas kejadian ‘seram’ tersebut.

Dia yang dikenali dengan nama gelaran Joko yang berasal dari Indonesia ditangkap beberapa meter di belakang kawasan rumah di mana dia menetak rakannya itu seperti dilaporkan Astro Awani.

Sebelum ini, kami juga ada kongsikan bagaimana seorang bomoh yang mendakwa dirinya menerima wahyu daripada tuhan sebelum bertindak merogol pesakitnya. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

Dakwa Terima Wahyu Daripada Tuhan, Bomoh Palsu Rogol Pesakit Sehingga Mengandung

Gagal Samun, Penjenayah Terus Lari Kerana Tindakan Berani Wanita Ini

Sumber