Ayah kepada seorang anak perempuan di Yaman jatuh koma selepas melihat tangan anaknya di makan oleh singa. Nasib malang yang tidak diduga itu telah menyebabkan anaknya kini kudung tangan kiri setelah dimakan oleh raja rimba.

Memetik laporan Gulf News, anak perempuan yang berusia dua tahun itu kehilangan tangan semasa melawat zoo di wilayah Ibb di Yaman. Laporan itu menyebut anak kecil yang bernasib malang itu memasukkan tangannya ke dalam sangkar singa sewaktu ayahnya sedang sibuk mengambil gambar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Akibat kejadian tersebut, anak kecil itu terus dikejarkan ke hospital bersama-sama dengan ayahnya yang jatuh koma akibat kejadian tersebut.

Bagi penyokong hak asasi manusia, mereka menganggap ayahnya dan pentadbiran zoo, yang berada di bawah kawalan militia Al Houthi, bertanggungjawab di atas tragedi itu.

Mereka juga mengecam tindakan pentadbiran tidak menghiraukan keselamatan pelawat, terutama kanak-kanak, yang sesetengahnya cenderung mendekati haiwan.

Dalam kejadian yang hampir sama, kaki seorang remaja wanita hampir dimakan oleh buaya sewaktu dia berakit di Sungai Zambezi berhampiran Air Terjun di Zambia. Dia yang meletakkan kakinya tergantung di luar rakit telah digigit oleh buaya, namun berjaya diselamatkan oleh rakannya yang menumbuk hidung buaya tersebut, lapor Metro.

Ayah kepada remaja berusia 18 tahun bernama Amelie Osborn-Smith itu berkata kaki anaknya telah dibaham oleh buaya, tetapi tindakan rakan lelakinya yang terjun ke dalam sungai dan menumbuk hidung buaya itu telah berjaya menyelamatkan anaknya.

Akibat kejadian tersebut, Amelia diterbangkan sejauh 240 batu ke hospital di ibu negara Lusaka untuk rawatan kecemasan dan kini dilaporkan semakin pulih.

Terima 90 jahitan, hero berusia 6 tahun ini sanggup gadai nyawa selamatkan adik daripada gigitan anjing. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Terima 90 Jahitan, Hero Berusia 6 Tahun Ini Sanggup Gadai Nyawa Selamatkan Adik Daripada Gigitan Anjing

Bomba Terima Panggilan ‘Binatang Buas’ Dalam Almari Tetapi Rupanya Hanya Serangga Ini

Gigitan Dan Air Liur Berbahaya, Biawak Seberat 60KG Serang Dua Beranak Di Terengganu