Pihak berkuasa Korea Utara telah menghukum mati seorang lelaki yang tinggal di Wonsan (Wilayah Gangwon) kerana kesalahan menjual CD dan pendrive yang dipenuhi dengan konten filem dan drama Korea Selatan serta video muzik lagu K-Pop.

Berdasarkan sumber yang diterima Daily NK pada Khamis lalu, pihak berkuasa Korea Utara menjalankan hukuman tersebut kerana lelaki berkenaan telah melakukan kesalahan anti sosialis berdasarkan undang-undang baharu yang dilaksanakan sejak akhir tahun yang lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lee mengedarkan filem dan lagu tersebut secara senyap sebelum ditangkap oleh ketua kawasannya. Beliau telah dihukum tembak di hadapan 500 orang termasuk ahli keluarga, guru dan pelajar universiti. Selepas memaksa setiap ahli keluarga Lee berdiri di barisan hadapan, hukuman tembak sampai mati terus dijalankan.

Lee ditembak 12 kali selepas kesalahan beliau dibacakan kepada umum dan mayat beliau diletak dalam kotak dan dibawa ke satu lokasi yang tidak diketahui. “Ini adalah hukuman pertama yang dikenakan terhadap mereka yang menyalahi undang-undang anti sosialis,” kata pemimpin tempatan.

Tidak terhenti setakat itu, ahli keluarga Lee turut dibawa menaiki trak ke kem penjara. Walaupun sedang bersedih, mereka dikatakan tidak boleh menunjukkan sebarang rasa sedih kerana jika mereka berbuat demikian, mereka boleh dijatuhkan hukuman kerana menunjukkan rasa simpati kepada pesalah lapor sumber Daily NK.

Lee telah mengaku menjual CD dan pendrive mengandungi bahan hiburan dari Korea Selatan pada harga USD5 (~RM20) dan USD12 (~RM49). Ketika ini, sesiapa yang ditangkap kerana menonton bahan hiburan dari Korea Selatan berdepan hukuman penjara seumur hidup atau hukuman mati. Mereka juga boleh dihukum 7 tahun penjara jika tidak melaporkan sesiapa yang menjual kandungan haram tersebut.

Ini pula beberapa artikel lain berkaitan Korea Utara. Baca lagi pada pautan di bawah.

Malaysia Akan Terima Akibatnya Kata Konsulat Kedutaan Korea Utara

Terdesak Mahu Keluar Dari Korea Utara, Diplomat Rusia Tolak Troli Keretapi Sehingga Ke Sempadan

Gara-Gara Dengar Radio Bahasa Asing, Nelayan Di Korea Utara Dihukum Mati

Sumber