Kes melibatkan binatang diseksa oleh manusia saban hari semakin meningkat. Ia menimbulkan tanda tanya, bagaimana manusia kejam ini boleh enjoy melihat binatang diseksa?

Terbaharu, melalui satu perkongsian yang dibuat oleh Persatuan Haiwan Malaysia, seorang lelaki dipercayai dari Perak telah bertindak mematahkan sayap seekor burung selepas burung terbabit gagal mengeluarkan bunyi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Lagi kes burung di zalimi. Akibat tidak keluarkan bunyi. Sayap diputuskan tanpa belas ihsan,” kata Persatuan Haiwan Malaysia di laman Facebook mereka.

Screenshot 2020-09-07 at 2.17.59 PM

Setiap hari Animal Malaysia terima banyak kes jenayah kezaliman haiwan yang tidak didedah dan dilaporkan.

“Menurut percakapan dalam video. Loghat adalah bahagian Selatan Perak. Namun mana-mana pihak punya maklumat tentang pelaku kezaliman burung ini. Cepat salur maklumat ke www.wasap.my/+601120901097,” tambah mereka.

Haiwan bukanlah patung permainan yang dicipta untuk diseksa. Mereka juga adalah hidupan yang bernyawa dan mempunyai perasaan. Apa sahaja tindakan yang melibatkan kekejaman haiwan harus di kutuk.

Terdahulu, sekumpulan lelaki dipercayai dari Malaysia telah bertindak memberi kambing minuman keras. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Kejam Dan Zalim, Kumpulan Lelaki Dipercayai Dari Malaysia Beri Kambing Minuman Keras

8 Hukuman Mati Paling Kejam Pernah Dijalankan Dalam Sejarah