Sejak semalam mula tular di media sosial mengenai satu perkongsian yang memaparkan seorang lelaki dipercayai warga tempatan yang menghina raja dan agama Islam di Malaysia melalui video yang dipercayai dirakam di luar negara.

Dalam video berdurasi lebih 10 minit itu, lelaki berkenaan memulakan ucapannya sambil memegang dokumen di tangannya dengan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap raja-raja di Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

photo_2020-08-04_15-01-04

Bukan saja mengeluarkan kata-kata kesat, namun lelaki itu juga menyifatkan sistem beraja di negara ini sebagai satu pembaziran dalam video yang mula tersebar sejak semalam itu.

Perkara itu menurutnya dapat dilihat melalui jumlah pemerintah Muslim yang dimiliki negara ini berbanding di China yang hanya mempunyai tiga pemerintah walaupun negara mereka lebih besar dan luas.

Tidak cukup dengan itu, lelaki tersebut juga dalam videonya dapat dilihat melemparkan kritikan terhadap masyarakat Melayu dan agama Islam di negara ini dengan mempertikaikan beberapa perkara seperti bilangan sekolah agama yang dan perlindungan yang diberikan kepada penceramah Zakir Naik di negara ini.

photo_2020-08-04_15-01-03

Identiti belum dikenal pasti

Menurut laporan Harian Metro, video tersebut difahamkan dirakam di United Kingdom dan pihak polis melalui Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid dilaporkan memberitahu video tersebut dirakam di luar negara.

Identiti lelaki tersebut bagaimanapun menurut laporan tersebut masih belum dikenalpasti dan pihak polis juga memaklumkan masih belum terdapat laporan polis dibuat terhadapnya.

“Identiti individu terbabit masih tidak diketahui.

“Sehingga kini polis tidak menerima sebarang laporan berhubung video itu,” jelas Mior Faridalathrash Wahid.

Bagaimanapun, lelaki tersebut menurutnya boleh disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 jika laporan dibuat terhadapnya.

Baca juga mengenai lelaki ini yang dikenali sebagai Imam of Peace yang menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia sebelum ini kerana memfitnah Raja Permaisuri Agong di pautan di bawah.

‘Imam Of Peace’ Cetus Kemarahan Netizen Malaysia Selepas Fitnah Raja Permaisuri Agong

Anti Islam Dan Hina Permaisuri Agong, Siapa Sebenarnya ‘Imam of Peace’?