Kisah seorang lelaki yang didakwa menerima nasib yang malang apabila 14 ahli keluarganya maut disebabkan wabak COVID-19 sebenarnya adalah palsu dan rekaan semata-mata. Perkara ini telah disahkan oleh Petronas, tempat lelaki itu bekerja dalam satu kenyataan yang dibuat semalam.

Dalam kenyataan tersebut, pihak Petronas turut mengesahkan bahawa lelaki itu telah ditahan oleh pihak berkuasa kerana didakwa membuat dakwaan palsu. Selain itu, pihak syarikat juga dengan keras memberitahu bahawa mereka tidak boleh menerima salah laku daripada mana-mana pekerja mereka.

“Kami ingin mengesahkan bahawa seorang pekerja kontraktor di Kompleks Bersepadu Pengerang telah ditahan oleh pihak berkuasa kerana didakwa membuat dakwaan palsu kematian ahli keluarga disebabkan Covid-19, yang mana dia juga didakwa telah menerima sumbangan. Kami akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa dalam siasatan mereka.

“Kami ingin menekankan bahawa kami tidak menerima salah laku tersebut oleh mana-mana pekerja dan kontraktor kami, yang semuanya terikat dengan tatacara dan etika perniagaan yang ketat (CoBE) semasa melakukan perkhidmatan untuk PETRONAS dan Kumpulan Syarikatnya,” katanya dalam kenyataan media yang dimuat naik di laman web rasmi Petronas

Terdahulu, tular kisah kononnya seorang lelaki yang bertugas di Petronas Pangerang telah kehilangan seramai 14 ahli keluarga termasuk isteri dan anak disebabkan wabak COVID-19. Dakwaan itu mula menular di aplikasi Whatsapp dan Facebook yang turut diselitkam nama-nama mangsa iaitu ahli keluarga lelaki berkenaan yang kononnya korban COVID-19.

Lelaki berkenaan yang bekerja sebagai penyelia di Petronas Pangerang dikatakan kehilangan isteri dan tiga anaknya meninggal dunia pada bulan Jun dan Julai akibat COVID-19 manakala pada 2 September lalu, lima anaknya bersama ibu, kakak, ipar dan dua anak saudara kononnya terkorban.

Dakwaan itu turut disusuli dengan permintaan bagi menyalurkan bantuan ikhlas kepada lelaki tersebut bagi meringankan bebannya. Difahamkan bahawa ramai pengguna media sosial yang sudah mula menyalurkan bantuan disebabkan tersentuh dengan nasib malang yang kononnya menimpa beliau.

Difahamkan, lelaki terbabit yang menjaja kisah kematian ahli keluarganya turut hadir ke majlis tahlil yang dibuat secara maya. Dia dikatakan sempat memberi ucapan pada sesi tersebut kepada ratusan individu yang prihatin kepada ‘nasib malang’ yang menimpanya.

Seorang pesilat wanita Indonesia sebelum ini telah mempamerkan aksi luar biasa di media sosial miliknya. Namun, kehebatannya mula diragukan dan dia dituduh telah memperbodohkan masyarakat awam, adakah itu benar? Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Dakwa Ada Kelebihan Elak Peluru, Pesilat Wanita Indonesia Ini ‘Kantoi’ Tipu Penonton

CEO Xiaomi ‘Kantoi’ Dengan Netizen Menggunakan iPhone Di Media Sosial

Lelaki Berusia 20 Tahun ‘Kantoi’ Menyamar Jadi Doktor Di PPV Sarawak