Setiap hamba Allah yang hidup di muka bumi pasti berhadapan dengan pelbagai dugaan dan rintangan. Ujian yang diturunkan oleh Allah pasti berbeza, tetapi atas sebab yang sama. Allah memberikan ujian untuk melihat sejauh mana kita beriman kepada-Nya.

Walaupun menghidap kanser, lelaki ini tidak berputus asa dalam mencari rezeki bagi menampung keperluan harian keluarga serta perbelanjaan membeli tong oksigen dengan mengambil tempahan nametag tulisan khat.

IMG_7119
HYPE
Keunikan Rasa Asli ‘Grilled Butter Chicken’ Yang Memukau Di The Chicken Rice Shop
Baca lagi →

Sebuah posting yang dimuat naik di Facebook oleh Mira Jamal iaitu rakan kepada Budin, menyeru supaya orang ramai sudi membantu rakannya itu dengan membeli nametag khat tersebut.

Berikut merupakan posting yang dimuat naik oleh wanita tersebut.

Assalamualaikum gais,

Kawan saya, Budin VS Baguk & PageKhas Mini telah memulakan bisnes kecil kecilan untuk menampung perbelanjaan membeli tong oksigen dan keperluan keluarga. Saya sangat menggalakan semua orang untuk membeli jualan mereka kerana…….

Sumber: Facebook Mira Jamal JayKay

Din adalah seorang yang tak mudah menyerah kalah dan meminta minta. Walaupun dalam keadaan tidak boleh bergerak kerana hanya di atas katil hospital (Din menghidap Kanser dan InsyaAllah dengan kuasa Allah akan lebih baik di masa hadapan). Din berada dalam keadaan koma beberapa minggu lepas, tetapi sebelum koma dia tetap sempat mengambil order tempahan tag nama khat, sebab din tidak mudah putus asa dan terer.

Din adalah bekas guru sekolah, satu satunya yang bekerja menanggung keluarga, dan tidak dapat bekerja selepas disahkan menghidap kanser. Din masih lagi terlantar atas katil hospital, bergantung 24 jam dengan mesin oksigen, dan masih tidak menyerah kalah mengharapkan orang lain untuk membantu keluarganya. Din tetap berusaha keras.

Sumber: Facebook Mira Jamal JayKay

Masih ingat kes Bas Rapid KL yang merempuh berpuluh kenderaan dari Columbia ke Ampang? Din dan isteri adalag antara mangsa kejadian, dan sehingga sekarang masih tidak mendapat sebarang respon atau pampasan dari pihak rapid, kereta rosak secara total. Mereka sudah tidak punya kenderaan keluarga.

Kesimpulannya, sekiranya mampu, marilah kita beli jualan din dan war war kan kepada rakan rakan lain. Serta sila kongsikan post ini supaya lebih ramai tahu tentang bisnes kecil din. Target terdekat din dan page adalah untuk mengumpul dana membeli mesin oksigen mudah alih, katil hospital, dan wheelchair supaya din dapat pulang ke rumah kepangkuan anak anak kecil.

Sumber: Facebook Mira Jamal JayKay

To order:

Untuk membuat tempahan :

Whatsapp no: 01118698085

https://wapp.my/01118698085/Hi.+Nak+tempah+name+tag+khat

https://www.facebook.com/teratak.biduanda

Instagram : @t_biduanda

Harga : RM14 – RM20

**Buat yang menempah, harap faham keadaan Din yang terbatas nak reply laju laju ya, and nak siapkan order ambil masa sikit. 🙏

Bagi yang ingin memberikan menderma wheelchair, tangki oksigen atau sumbangan wang ringgit, anda boleh menghubungi Mira Jamal.

Lagi kisah ‘hebat’ pejuang kanser boleh dibaca di pautan di bawah.

Bapa Botakkan Kepala Sendiri Demi Anak Yang Menghidap Kanser Tulang

Wanita Ini Kongsi Kisah Pengorbanan Ayahnya Yang Sanggup Jadi ‘Eksperimen’ Untuk Rawatan Kanser

Artikel di atas disumbangkan oleh Mira Jamal JayKay. Pautan artikel asal.

Anda Mungkin Suka