Kalau nak badan ‘sado’, mesti perlu pergi gym kan? Tidak bagi lelaki ini. Jacques Sayagh tidak memerlukan semua itu untuk mendapatkan susuk tubuh menawan. Beliau work out di jalanan sahaja. Lebih menarik lagi, beliau kini sudah berusia lebih 50 tahun.

Tetapi hasilnya? BOOM. Badan yang muscular setaraf mereka yang pergi gym. Pergh! Jacques juga adalah seorang homeless. Jadi latihannya hanya dibuat di tepi jalan sahaja. Di bawah adalah video sekitar 2 tahun lepas berkenaan cara beliau berlatih di jalanan.

Jalan Kaki
HYPE
Hanya Jalan Kaki Setiap Hari Boleh Kurus? 2 Individu Ini Kongsi Kisah Mereka
Baca lagi →

jack 1

jack 2

Jika beliau ingin memasuki pertandingan bina badan, Jacques akan makan banyak sayur terutamanya kacang hijau dan sawi. Dan jika beliau cukup wang, beliau akan melabur untuk membeli serbuk protein. Respect you Jacques! Apa alasan anda untuk tidak dapat susuk tubuh menawan seperti Jacques? Di bawah adalah video beliau dalam satu pertandingan bina badan baru-baru ini.

Anda Mungkin Suka