Kata orang, malang tak berbau. Itulah nasib yang menimpa seorang individu yang dilaporkan meninggal dunia dalam keadaan lemas sewaktu mengikuti kursus selaman berhampiran Tokong Laut, Pulau Perhentian, Terengganu pada petang 1 Julai 2021.

Menurut Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob memaklumkan mayat Mohamad Abbass Shabki ditemui penduduk kampung kira-kira jam 2.40 petang.

Mayat mangsa seterusnya dibawa ke Jeti Ibu Pejabat APMM Kelantan sebelum diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, Terengganu untuk tindakan lanjut.

Berdasarkan siasatan yang dilakukan pihak polis, dimaklumkan mangsa bersama empat rakan yang berasal dari Kelantan didapati merentas negeri tanpa kebenaran. Namun, apabila disoal kumpulan ini memaklumkan mereka ke Pulau Perhentian untuk membekalkan makanan.

Berikutan isu yang berlaku, pihak polis sedia mengambil tindakan atas kesalahan ingkar Fasa Satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN). Selain itu, pihak polis turut mengambil tindakan kepada pengusaha yang terlibat.

Tular pada minggu ini apabila pihak polis sedia membuka kertas siasatan selepas mendapati gambar selebriti wanita dalam bilik tahanan tersebar.

Gambar Selebriti Wanita Dalam Bilik Tahanan Tersebar, Polis Sedia Buka Kertas Siasatan

Keadaan Pusat Internet Di Kelantan Undang Persoalan Warganet