Seorang lelaki berasal dari Indonesia bernama Yudha Pramana bertindak ‘menyekolahkan’ seorang pengguna TikTok yang kononnya cuba untuk mengherdik rakyat Malaysia.

Perbalahan ini terjadi selepas salah seorang pengguna TikTok dengan nama Ali Hamzah memuat naik satu kandungan yang menyatakan bahawa rakyat Malaysia kini lebih gemar bertutur dalam bahasa Indonesia berbanding bahasa Melayu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Tambah Ali lagi, semangat cintakan bahasa di Malaysia sudah mula luntur berbanding Indonesia yang masih kuat semangat negara bangsanya apabila kebanyakan rakyatnya masih bertutur di dalam bahasa Indonesia.

Yudha dalam videonya, cuba untuk membetulkan kandungan Ali yang baginya seperti suka jika bahasa Melayu itu hilang sambil menyatakan bahawa di Indonesia juga ramai yang masih bertutur dalam bahasa Melayu.

“Sebenarnya Ali, kau pun harus bangga sebab di Indonesia ini pun ada orang yang bisa berbahasa melayu. Kok ada orang berbahasa Melayu di Indonesia? kok bisa sih?

“Ini yang pertama di kalangan teman-teman, ada yang namanya kota Pontianak mayoritas rata-rata orangnya menggunakan bahasa melayu, itu di kampung saya. Terus yang kedua, di Riau pun ada yang menggunakan bahasa melayu,” katanya.

Kemudian Yudha memberikan contoh bagaimana perbezaan bahasa Melayu yang ada di Indonesia. Katanya sebahagian kawasan menggunakan O, manakala sebahagian lagi menggunakan E.

Sebagai contoh, ‘Kau mahu ke mano?’ atau ‘Dari mano?’, manakala sebahagian pula yang menggunakan E adalah seperti; ‘Mike dari mane?’ atau ‘Nak ke mane?’

“Jadi ali, di Indonesia ini kan banyak suku dan budaya ada suku melayu, ada suku minang dan banyak lagi.

“Saya lagi resah kalau suku dan budaya itu luntur dari diri saya,” katanya berpesan kepada Ali.

Video TikTok yang dimuatnaik oleh Yudha itu mendapat perhatian netizen Malaysia dan sudah ditonton lebih daripada 900,000 orang.

Kebanyakan mereka berterima kasih kepada Yudha kerana menjelaskan bahawa terdapat suku Melayu di Indonesia dan sebahagian lagi menyatakan bahawa sebenarnya orang Malaysia lebih fasih berbahasa Inggeris berbanding bahasa Indonesia.