Bintang YouTube dari Rusia, ЛИТВИН atau lebih dikenali sebagai Misha telah bertindak membakar Mercedes AMG GT 63 yang berharga RM 1.7 juta demi konten saluran YouTube miliknya.

Video berdurasi selama 7 minit tersebut yang dimuat naik pada 24 Oktober lalu telah mendapat pelbagai reaksi netizen dan telah ditonton lebih 9,000 orang. Kebanyakan daripada mereka terkejut dengan tindakan beliau membakar kereta tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.youtube.com/watch?v=0YsNWXv-JAM

Sesetengah daripada mereka menyatakan bahawa, “Blogger Amerika menghancurkan iPhone – blogger Rusia membakar Mercedes.” Yang lain menambah, “Saya tidak senang duduk dengan cara dia membakar kereta.”

Perkara ini mungkin tidak elok untuk ditiru, tetapi jika anda datang dari latar belakang orang kaya dan mempunyai kereta Mercedes lebih di rumah, apa salahnya mencuba, kerana zaman sekarang, siapa yang dapat mencipta konten yang luar biasa, dia dianggap ‘hebat’ – atau sebenarnya pendek akal.

Terdahulu, pasangan yang berasal dari Syria telah menyewa Burj Khalifa dengan harga RM380,000 bagi mendedahkan jantina anak mereka. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Sewa Burj Khalifa Untuk Dedah Jantina Anak, Pasangan Ini Habiskan RM380,000 Demi Konten YouTube

YouTuber Terkenal Hilangkan Diri Selepas Pesan 20 Burger Semata-Mata Untuk Konten ‘Prank’?

Hanya Untuk Konten YouTube, Kisah Gadis Jawab Peperiksaan Atas Pokok Disahkan Palsu