Umum tahu tidak lama lagi pelajar tingkatan lima dan enam bakal kembali ke sekolah setelah sekian lama berikutan wabak COVID-19. Kehadiran pelajar pada kali ini nampaknya sedikit berbeza dengan adanya SOP yang perlu diikuti sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berlangsung.

Dalam usaha untuk memudahkan para guru, seorang penuntut ljazah Sarjana Muda Kejuruteraan Perisian Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Muhammad Akif Rabbani Ab Rashid hadir dengan sebuah aplikasi yang dinamakan sebagai Datang.my.

65f679966446cec9887388afc81b2a8f
HYPE
SmartHeart REFINE, Makanan Basah PREMIUM Dalam Pouch Untuk Si Comel Anda
Baca lagi →
29570977_2380770478615517_948622620599877351_n

Sumber: Facebook Akif Rabbani

Hadir dengan nama yang mudah diingat seiring dengan menjemput para pelajar ke sekolah semula, aplikasi ini bakal memudahkan merekodkan kehadiran pelajar menggunakan telefon pintar tanpa perlu mencatat secara manual.

Dalam erti kata lain, para guru hanya perlu mengimbas kod QR yang diberikan kepada para pelajar yang dibawa mereka setiap kali hadir ke sekolah menggunakan aplikasi Datang.my. Selain itu, para guru juga hanya perlu mencatat suhu para pelajar terus menerusi aplikasi berbanding mencatatnya pada buku.

Difahamkan idea untuk menghasilkan aplikasi ini tercetus apabila beliau menerima sebuah kiriman mesej daripada seorang guru bertanyakan mengenai sistem untuk merekodkan suhu serta kehadiran pelajar. Beliau kemudiannya tidak mengambil masa panjang untuk menghasilkan aplikasi ini untuk kemudahan ramai.

103680661_4670896409602901_5961086554381851715_o

Sumber: Facebook Akif Rabbani

Siapa sangka, siap sahaja aplikasi ini dibangunkan, Datang.my tidak perlu menunggu lama untuk digunakan oleh lebih 20 sekolah yang mendaftar serta memuat turun aplikasi yang tersedia di Google Play Store ini.

Malah, tidak mengejutkan buat beliau selepas mendapati kini lebih 300 sekolah telah mendaftar untuk menggunakan aplikasi yang baru sahaja dibangunkan ini.

Menurut beliau, aplikasi yang dibangunkan tidak hanya tertakluk kepada penggunaan pelajar di sekolah semata-mata, malah pejabat atau syarikat juga dapat menggunakannya. Tahniah diucapkan buat Akif Rabbani atas hasil usaha membangunkan aplikasi yang dapat memanfaatkan ramai ini.

Tular pada minggu lalu, apabila usaha lelaki ini menanam batu nisan pada jalan berlubang akhirnya mendapat perhatian serta dibaiki dalam tempoh yang singkat. Turut dikongsikan, kisah kejayaan pengasas SugarBomb.

Berkat Lelaki Ini Tanam Batu Nisan, Jalan Berlubang Akhirnya Dibaiki Tidak Sampai 12 Jam

Bermula Dari Belakang Rumah Hingga Miliki 3 Buah Kilang, Lelaki Ini Kongsi Suka Duka Bina Empayar SugarBomb

Anda Mungkin Suka