Isu penghantaran barang yang salah semasa membeli-belah dalam talian masih merupakan satu isu yang besar dan sering berlaku. Namun bagi Nick James, apa yang berlaku kepadanya dianggap sebagai keajaiban.

Lelaki berusia 50 tahun sebelum ini berhasrat untuk membeli buah epal di laman pasar raya dalam talian, Tesco. Tetapi ketika mahu mengambil barangan yang ditempah, dia tidak menyangka bahawa apa yang diterima olehnya bukanlah sebiji buah epal, tetapi iPhone SE tahun 2020.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Nick memuat naik ceritanya dilaman Twitter dan berkata bahawa ketika dia membuka beg belanja dan tidak menyangka menjumpai kotak iPhone SE di dalamnya.

“Kami sebenarnya memesan epal dan benar-benar mendapat iPhone dari Apple! Ini mengejutkan anak saya,” kata Nick menerusi catatan di Twitter.

Sebenarnya, kejutan yang diterima oleh James adalah sebahagian daripada promosi yang dijalankan oleh Tesco. Promosi ini dinamakan “pengganti super” yang akan menggantikan barang runcit dengan barang yang menarik.

Kejutan ini memilih para pelanggan Tesco yang bertuah secara rawak. Bukan hanya iPhone, Tesco juga memberikan kejutan dalam bentuk meja dan AirPod sebagai sebahagian daripada promosi ini.

Ambil inspirasi dari Masjid Nabawi, iPhone 12 Pro Max ini dijual pada harga RM32,377. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Ambil Inspirasi Dari Masjid Nabawi, iPhone 12 Pro Max Ini Dijual Pada Harga RM32,377