Barang hantaran antara perkara wajib yang disediakan di dalam sebuah majlis perkahwinan orang Melayu. Sebenarnya tak wajib pun dari segi agama, tapi dalam adat ia wujud.

Barang hantaran adalah hadiah pertama dari suami/isteri kepada pasangannya. Ada sesetengahnya menjadikan hantaran sebagai satu simbolik permulaan kehidupan bersama.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Contohnya kisah lelaki ini yang telah memberi barangan hantaran di luar kebiasaan masyarakat Melayu. Idea dan tindakannya itu telah didorong oleh perkongsian Dr Azizul Azli Ahmad di Facebook.

Dr Azizul sering berkongsi tentang kewangan dan hartanah sehingga menarik beribu orang menjadi followers.

Gambar: Dr Azizul Azli Ahmad
Gambar: Dr Azizul Azli Ahmad
Gambar: Dr Azizul Azli Ahmad
Gambar: Dr Azizul Azli Ahmad
Gambar: Dr Azizul Azli Ahmad
Gambar: Dr Azizul Azli Ahmad

Rentetan itu dia telah berkongsi kisahnya dengan Dr Azizul dan mendapat banyak respon positif. Ini komen Dr Azizul:

1. Pemuda ini memang berjiwa kental, bukan senang nak yakinkan keluarga, ibubapa, pasangan kita hantaran yang lain dari biasa.

2. Berhijrah dan buat sesuatu yang luar biasa bukan semudah bagai dikata, ia perlu dikota.

3. Nak letak buku sebagai hantaran perkahwinan tak semua orang boleh terima.

4. Sehari sebelum akad nikah, pemuda mulia ini datang bersarapan dengan saya difakulti, saya dapat rasakan ‘neves’ bakal menjadi suami mulia itu ada.

5. Wawasannya sebagai suami sangat luar biasa, hantarannya adalah benda yang telah sedia ada. Barang yang dia pernah guna dikotakkan semula, ia bukan dosa katanya.

6. Yang penting katanya kehidupan lepas perkahwinan yang akan dibina, bukan membazir benda yang bukan sepatutnya.

7. Kita tak boleh mengubah budaya dan adat kita, tetapi kita boleh ubah diri kita.

Gambar: Dr Azizul Azli Ahmad
Gambar: Dr Azizul Azli Ahmad
Gambar: Dr Azizul Azli Ahmad
Gambar: Dr Azizul Azli Ahmad

Bukan itu sahaja, oleh kerana antara buku yang dijadikan hantaran itu adalah buku tulisan Faizul Ridzuan, penulisnya gembira dan menulis ini buat pasangan tersebut:

Gila apa mamat ini? Orang lain bagi cokelat Fero Roche yang sedap, dia bagi buku terpakai kepada isteri.

Orang lain berhutang personal loan semaksima yang boleh untuk beli barang hantaran, dia pilih nak tajamkan minda pasangan beliau.

Orang lain bagi buku SuamiKu Sotong Tangan 18, dia bagi buku pasal pelaburan hartanah. Kapitalis sungguh.

Orang lain punya sweet menyewa Limo berbagai, mamat ni pula nampak seperti tak romantik langsung.

Tidak apa Zul, pasti ramai yang mengecam. Biarlah mereka, sebab mereka lebih suka bayar personal loan 10 tahun untuk kahwin dari pandaikan pasangan masing masing dan melabur awal.

Tahniah atas keberanian anda dan semoga perkahwinan anda kekal sepanjang hayat. Kahwin tu hanya sehari dua, yang penting adalah kehidupan kita selepas berkahwin.

Tiada gunanya jadi raja sehari tapi berhutang 10 tahun.

Kedua-duanya memuji lelaki ini dan pasangannya kerana berani melakukan sesuatu yang di luar kebiasaan tapi bermanfaat untuk mereka di masa depan.

Dulu pernah jugalah terbayangkan hantaran dalam bentuk emas, insurans, premium BSN, ASB, geran tanah dan sebagainya for long term benefits. Eh!

Bagaimana dengan anda? Kongsikan dengan kami pendapat dan pengalaman anda di sini.