Nota Editor : Perkongsian ini asalnya adalah dari fb wall Faizul Ridzuan, seorang pelabur hartanah yang berjaya. Beliau juga sering menganjurkan seminar hartanah bersama beberapa orang lagi rakan beliau yang juga dikalangan mereka yang terlibat secara serius dalam pelaburan hartanah. Harapan kami artikel ini dapat membantu anda untuk lebih berhati-hati dalam mencari peluang pelaburan yang sah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

BEZA PELABUR SEBENAR DAN PENYONTOT?

Saya tengah dalam perjalanan ke JB untuk penuhi jemputan memberi taklimat mengenai pasaran hartanah 2015 dan nak buat beberapa sesi 1-ON-1. So tengah boring dalam kereta saya nak berkongsi sikit pandangan saya mengenai pelabur sebenar dan pelabur penyontot.

Baru ni saya tengok banyak post-post yang kelakar. Suruh masuk bisnes atau pelaburan itu ini dengan modus operandi standard seperti berikut :

1. Gunakan agama dan ayat-ayat hebat seperti Nabi galakkan berniaga, pembangunan ummah blah blah.

2. Tayang kereta “mewah” yang semua orang tahu merupakan satu liabiliti sebenarnya. Paling best ialah jenis yang pijak-pijak kereta mewah.

3. Tunjuk dokumen yang kononnya mereka rumah sampai 5-10 sekaligus.

4. Tunjuk mereka bershopping dan pakai pakaian mewah

5. Dan macam-macam helah lagi

Realitiya, mereka ni sebenarnya penjual yang menjual mimpi dan impian. Bak kata orang putih, selling your success. Memang tak salah pun nak menjual sukses tapi banyak yang menjanjikan duit senang utk menarik pelabur. Paling sedih, ada yang buat skim cepat kaya/cepat sontot untuk menipu orang sebangsa dan seagama.

Nak tengok apa rupa pelabur sebenar? Tengok gambar ni.

pelabur-sontot

Mamat ni yang merupakan client FAR CAPITAL dan kawan sekolah saya. Beli rumah bawah market value di KL harga 500k walhal bank value 580k. Apa pakaian beliau ketika nak beli hartanah setengah juta? Cuma jeans, tshirt biasa.

Dan kalau korang perasan muka dia habis penuh sticker kartun sebab beliau tengah bermain dengan budak. Agent pun tak habis-habis gelak kat dia sebab kelakar sangat orang melabur dengan muka penuh dengan stiker kartun. In fact dia mula-mula tak bagi saya ambik gambar ni tapi saya cakap banyak org boleh belajar dari dia.

Realitinya, pelabur sebenar jarang yang nak menunjuk dan memberitahu satu dunia yang dia ni pelabur. Kalau korang nampak orang yang tiap-tiap hari keje dia menjual sukses tu, hati-hati sikit la. Orang yang betul-betul sukses boleh terangkan sepenuhnya dengan teliti kenapa dia boleh berjaya dan dia orang ni malas nak terangkan kecuali la kena paksa.

Saya tengok orang yang menjual sukses dia tak boleh nak jelaskan dengan terperinci kenapa dia sukses. Dia akan cakap senang je asalkan korang follow dia and tak banyak tanya. Kalau tanya banyak banyak dia orang ni cepat sentap.

Apa-apa pun, sebelum melabur dalam apa-apa pun, belajar dan cari ilmu dulu. Dalam dunia ni takde shortcut. Nak buat duit susah, tapi nak belanjakan atau hilangkan duit memang senang. Saya belajar 2 tahun tiap-tiap malam 2-3 jam sehari sebelum beli rumah pertama. Lepas dah ada ilmu, tak susah nak buat duit.

Dunia ni penuh dengan orang pemalas, dan tak mahu cari ilmu. Sebab tu tak ramai yang kaya dan diorang ni la paling senang kena tipu dengan skim-skim cepat kaya/cepat sontot. Ambil personal loan beratus ribu untuk kononnya melabur, akhirnya semua duit terlebur dan hilang.

Orang yang tak nak luangkan masa untuk cari ilmu, biasanya akan bayar kejahilan mereka tu dengan duit hasil penat lelah. Bak kata org putih :

If you think education is expensive, try ignorace.

Kalau anda fikir cari ilmu itu mahal, cuba kejahilan.

Like page The Vocket di Facebook