Steven Nelms dan isterinya, Glory, telah berkahwin selama tiga tahun. Apabila anak lelaki sulung mereka, Ezra dilahirkan, mereka berdua memutuskan bahawa Glory perlu tinggal di rumah untuk menjaga bayi kecil itu.

“Kos penjagaan kanak-kanak akan menelan keseluruhan gaji Glory. Jadi kami membuat keputusan bahawa beliau akan tinggal di rumah selagi masuk akal,” kata Steven.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk menunjukkan penghargaan ke atas semua pengorbanan isterinya, Steven menulis satu esei di laman web We Are Glory yang kemudiannya menjadi viral di media sosial. Tidak sukar untuk memahami kenapa ia menjadi viral:

“Pemikiran ini sudah berada lama dalam kepala saya. Saya tidak mampu untuk menjadikan isteri saya ‘ibu-di-rumah’ (suri rumah sepenuh masa).”

“Saya tidak berniat untuk menyinggung perasaan sesiapa dengan penulisan ini. Saya hanya perlu untuk mengatakan bahawa, secara peribadi saya merasakan saya tidak mampu. Izinkan saya menerangkan apa yang saya maksudkan supaya tiada sesiapa fikir bahawa saya cuba untuk memandang rendah ‘ibu-di-rumah’. Sebaliknya, saya memang tidak mampu untuk ‘membiarkan’ isteri saya untuk tinggal di rumah.”

“Isteri saya tinggal di rumah dan menjaga anak kami setiap hari. Beliau menukar lampinnya, menyuap dia makan, bermain dengan dia, menidurkan dia, dan menghiburkan dia ketika dia marah. Dan itu hanyalah sedikit daripada apa yang beliau lakukan.”

“Anak kami mendapat 100% daripada ibunya. Semua kasih sayangnya, setiap detik dari masanya, semua tenaganya. Beliau sentiasa ada, sentiasa dekat, dan sentiasa mendengar.”

“Ya, isteri saya adalah ibu kepada anak saya dan ia adalah alami sebagai ibu bapa untuk mengasihi dan menjaga anak sendiri, tetapi terdapat juga jumlah dolar (duit) yang boleh dikira daripada perkhidmatan yang diberikan.”

Berdasarkan kajian peribadi, ini adalah apa yang Steven harus bayar untuk semua servis isterinya:

  • Purata gaji mingguan seorang pengasuh sepenuh masa: $705, atau $36,660 setahun
  • Perkhidmatan pembersihan: $50 hingga $100 seminggu sekali, atau $5,200 setahun
  • Pembeli peribadi (seperti membeli barangan runcit): $65 setiap jam dengan perkhidmatan 4 jam setiap minggu, atau $13,520 setahun
  • Chef: $240 seminggu, atau $12,480 setahun
  • Pembantu kewangan (belanjawan, membayar bil-bil, dll): $15 sejam dengan perkhidmatan 5 jam seminggu, atau $3,900 setahun
  • Peneman profesional (makan malam formal dll): $75 satu jam dengan perkhidmatan 4 jam setiap makan malam sebanyak 3 kali setahun, atau $900 setahun
  • Dobi: $25 seminggu, atau $1,300 setahun

“Keseluruhannya, gaji tahunan beliau patut berjumlah $73,960 . Dengan melihat secara objektif, pada purata harga yang paling murah, saya sebenarnya tidak mampu menanggung isteri saya.”

“Dan ingat, beliau tiada cuti sakit, tiada cuti dengan gaji, dan tiada pencen (401k). Semua insentif yang biasanya dinikmati oleh pekerja dengan gaji 70K setahun bukanlah sebahagian daripada perjanjian ini. Semua penghargaan pekerja, bonus merit, dan pengiktirafan yang datang dengan kerja di pejabat pun tiada. ”

“Sebenarnya, saya malu apabila saya buat dia berasa bersalah atau kejam apabila dia membeli sesuatu untuk dirinya. Saya malu apabila dia berasa tidak mempunyai banyak hak sebanyak saya terhadap pendapatan kami.”

“Hakikatnya sebenarnya, pendapatan kami pun tidak dapat menampung apa yang dia lakukan untuk keluarga kami. Saya perlu membuat 100K setahun untuk mampu menampung perbelanjaan hidup saya dan juga menggaji isteri saya sebagai ‘ibu-di-rumah’!”

“Beliau sayangkan saya, sayangkan anak kami, sayangkan keluarga kami, jadi jelas beliau tidak melakukannya untuk gaji atau pengiktirafan. Tetapi ia sudah tentu tidak menyakitkan untuk mengetahui bahawa sebagai ‘ibu-di-rumah’, gaji beliau sepatutnya adalah dua kali ganda daripada gaji sebenar saya.”

“Jadi dengan cara yang sangat pelik, ini adalah cara saya untuk mengatakan betapa saya menghargai isteri saya sebagai ibu kepada anak saya dan orang yang sentiasa berada di belakang saya tidak kira apa. Anda lebih berharga daripada delima. Dan saya tidak mampu menampung kamu.”

Tahniah Steven, kerana menyatakan apa yang tersurat!

Baca penulisan penuh di sini.

BACA: Ramai Terharu Melihat Cara Suami Ini Menghargai Isteri Selepas Bergelar Ibu

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram