Setiap kali melancong ke luar negara, pastinya kita akan belajar banyak benda baru tentang komuniti di sesuatu tempat yang kita tuju.

Ini merupakan ‘ilmu’ yang saudara Faiz Najmi dapat ketika pengembaraan beliau di Cuba pada Jun 2019. Perkongsian ini beliau dapati berdasarkan pemerhatian, bersembang dengan orang tempatan dan rakan embassy Malaysia di Havana.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Masyarakat mesra pelancong

111

Pertama sekali, masyarakatnya baik, mesra dan kelihatan bahagia. Jika bertanya sama ada selamat atau tidak, saya boleh katakan selamat untuk solo traveler seperti saya.

Malah, jika orang tempatan menganiayai pelancong, hukuman berat akan dikenakan, serta kehadiran polis di pelusuk tempat membuatkan saya berpendapat sebegitu.

Masyarakat di sini mengamalkan kehidupan yang simple dengan menyanyi, menari, minum, bersiar-siar dengan keluarga dan bersembang dengan kawan. Akan tetapi, pilihan restoran tidak banyak di sini seperti tiada McDonalds atau Starbucks.

2. Pendapatan tidak seiring kos sara hidup

restoran

Untuk pengetahuan anda, gaji seorang doktor di Cuba hanyalah $40 – 70 (RM165.42 – RM289.49) sebulan bergantung pada senioriti. Manakala gaji orang biasa lebih kurang $25 (RM103.39) sebulan.

Ini membuatkan kebanyakan mereka merungut kerja keras sepanjang hayat tapi hanya dapat sedikit sahaja. Kos pengangkutan dan makan pula tidak murah. Mereka yang berkedudukan tinggi dalam kerajaan akan dapat lebih banyak keistimewaan. Malah, ada yang cuba pindah ke negara yang gajinya lebih baik seperti Spain.

3. Kemudahan percuma

rumah

Di sini, perkhidmatan kesihatan dan pendidikan adalah percuma tetapi tidak pada perkhidmatan perumahan. Hanya sesiapa yang mempunyai duit boleh membeli rumah secara tunai dan tiada pinjaman bank, kad kredit dan sebagainya.

Kebanyakan masyarakat di sini tinggal bersama kedua ibu bapa mereka berikutan tidak berkemampuan. Malah, perumahan adalah diwarisi dimana sebuah rumah boleh ada antara dua hingga tiga generasi. Menyewakan rumah adalah tidak dibenarkan sama sekali kecuali untuk pelancong atau expat.

4. Kerajaan ‘mencatu’ keperluan asas

empty food – vckt

Kerajaan mengawal ketat produksi dan pengedaran. Pada masa ini, ada krisis makanan di Cuba. Keperluan asas seperti nasi, roti, telur, ayam, dan daging susah dapat.

Pelancong dan expatriate mungkin senang makan di restoran tetapi orang Cuba complain makanan sekarang makin mahal dan susah untuk dapat. Mereka harus beratur 1-2 jam untuk mendapatkan keperluan asas. Tidak banyak pilihan sangat dan untuk mendapatkan ayam atau daging halal sangatlah susah. Telur contohnya, seorang 6 biji saja sekali beli.

5. Polisi kerajaan menekan hidup

beratur beli sabun

Masalah apabila kerajaan kawal pasaran ialah orang malas berbisnes. Buat apa nak berbisnes kalau kerajaan ambil 95%? Tanah sini subur, banyak peluang boleh diusahakan, akan tetapi polisi menyekat. Laut ada di utara selatan timur dan barat semua, akan tetapi aktiviti perikanan oleh nelayan disekat habis, kecuali dengan permit.

Maka untuk mendapatkan ayam, beras, telur, air minuman, semuanya dikawal oleh kerajaan, gaya ‘gulag’. Ikan dan udang itu makanan mewah. Di Malaysia, sekurangnya kita boleh dapat keperluan asas di kedai runcit, pasar tani, pasar malam atau supermarket yang milik peribadi atau syarikat sepenuhnya.

6. Cuba baru dibuka

Cuba
Sumber: Google

Cuba juga baru dibuka pada pelancong luar. Ini adalah sumber pendapatan yang lebih baik daripada kerja-kerja lain yang orang Cuba lakukan sebelum ini. Jika ingin rasa duduk di rumah kolonial antik, ambil Casa Particular, boleh booking dengan Airbnb. Mereka ada CUP (cuban peso) dan CUC (cuban convertibles). CUC lebih banyak digunakan oleh pelancong.

7. Bersikap sedikit ‘tertutup’

buku propaganda

Pada mereka Che Guavara dan Fidel Castro ialah hero nasional. Banyak tugu peringatan didirikan bagi mereka. Malah, sentimen anti-USA memang kuat dulu. Semenjak dua menjak ini mereka semakin tone down dan terbuka sedikit.

Ramai pelancong Amerika Syarikat datang dengan bebas. Walau bagaimanapun, kedai buku mereka hanya penuh dengan propaganda. Bukan macam kita ada bahagian bisnes, bahagian masakan, bahagian travel, bahagian novel fantasi dan segalanya.

8. Pengawalan akses Internet yang ketat

kedai internet kerajaan havana- vckt

Wifi dikawal ketat. Hanya satu syarikat saja ETECSA. Kena beli kad penggunaan internet. Kena beratur kerana tiada opsyen online. Dan kalau guna dengan iPhone memanglah kena bersabar kerana iPhone tiada sijil penggunaan di Cuba. Terbazir wang kad internet begitu saja.

Tiada salah atau betul dalam pilihan mereka. Bagi mereka yang sudah pilih hidup sebegini, hidup simple tanpa konsumerisme dan materialisme duniawi, hidup menari-nari, mabuk sikit-sikit, bukanlah teruk sangat bagi mereka.

Itu pilihan mereka. Kami sarankan kepada sesiapa yang ada rezeki dan peluang, datanglah lihat sendiri akan kehidupan simple, retro, klasik, vintaj 60-an tanpa banyak pemilikan harta peribadi. Rasai bahagia dan mesra tanpa ketakutan yang diwar-warkan media.