Sudan Airport : kemuncak kehuru-haraan. Apabila anda fikir lapangan terbang Yaman sudah pelik, Tuhan akan datangkan anda sesuatu yang lebih pelik!

Begini kisahnya, pasti anda sudah baca mengenai lapangan terbang Yaman dalam artikel saya sebelum ini, ini merupakan kesinambungan kisah tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selepas 3 jam penerbangan, kami tiba dari Yaman, kami pun mendarat dengan tanpa apa-apa masalah. Semuanya berjalan lancar sehingga kami tiba ke bahagian imigresen.

Sampai sahaja anda kena mengisi borang masuk ke Khartoum walaupun anda hanya transit tetapi anda tetap kena cop passport seperti ketibaan biasa. Sistem di situ bukan seperti lapangan terbang yang moden seperti Dubai, Doha dan banyak lagi dimana jika anda hanya transit disitu akan terus pergi ke ruangan menunggu, tetapi uniknya lapangan terbang Sudan ini, ia tidak seperti itu.

48355506_1166474356839531_1675046015763218432_n

Jika di lapangan terbang ini, anda harus cop untuk masuk Sudan, ambil bagasi, keluar lapangan terbang, dan tunggu di luar lapangan terbang sampai pintu gate dibuka baru dibenarkan masuk semula dalam lapangan terbang.

Kalau anda transit 8 jam, maka 8 jam anda harus duduk di luar lapangan terbang. Tetapi jangan risau, akan ada aktiviti tambahan untuk mengisi masa lapang anda.

Anda perlu memohon pendaftaran untuk masuk ke Sudan, sedangkan anda tengah transit. Kebiasaannya anda berjalan sahaja dari balai ketibaan ke balai perlepasan tetapi sistem di Sudan agak sophisticated dimana benda yang tiada diadakan.

Bagi pendaftaran anda dalam negara Sudan walaupun transit setengah jam, anda harus tarik beg dari pintu ketibaan sejauh 700-800 meter keluar dari lapangan terbang, ambil borang pendaftaran isi, bayar seorang 50 ringgit dan barulah anda akan dapat sekeping kertas yang seakan visa tapi bukan visa sebab rakyat Malaysia free visa. Kemudian, terpaksa jalan semula sejauh 700-800 meter untuk masuk semula ke dalam balai pelepasan sedangkan masih dalam transit.

48225505_1166470116839955_1911683475228852224_n

Dalam kes kami, memang ujian apabila sampai-sampai sahaja dari Yemen, passport kena pegang iaitu staf lapangan terbang ambil, dan dia minta kami duduk dan tiba-tiba staf tersebut menghilangkan diri dengan lama tanpa apa-apa arahan. Kami panik dan Aizuddin Saad pergi bertanya kepada staf lapangan terbang keberadaan passport kami. Mana kami tidak panik, passport itu ibarat nyawa kerana semua urusan memerlukan passport tiba-tiba staff menghilangkan diri pula.

Selepas ditanya bertalu-talu, baru lah staff lapangan terbang seperti membuat kerja dan berpura-pura sibuk. Apabila kami ditanya tentang visa, kami memberitahu bahawa malaysian free visa, tetapi pihak lapangan terbang tidak percaya sampai kami memberikan perjanjian Malaysia-Sudan yang telah dicetak, kalau tidak entah apa lagi yang akan berlaku. Sesudah itu passport kami dipulangkan dan mengisi borang untuk itu.

48184487_1166470133506620_5667228524100976640_n

Setelah lepas imigresen, kami pergi tuntut beg pula, disebabkan lama sangat kami di imigresen, beg kami nyaris masuk lost and found centre.

Pastu sudah ambil beg, nak keluar saya kena tahan pula dengan staf airport, dia tanya mana baggage claim card? Ala yang selalu anda dapat bila check in baggage itu, dia lekat di boarding pass. Sudah kami dari Yemen, boarding pass pun dah macam tiket funfair, memang tidak ada lah baggage claim card itu.

Kemudian, dia asyik tanya-tanya “where sticker? Where sticker?” dan saya jawablah “Yemen no sticker” kemudian dia buat muka pelik dan lepaskan saya. Sesudah itu, saya pun keluar airport untuk uruskan pendaftaran di luar.

48156133_1166470246839942_3875384025229033472_n

Tetapi disebabkan transit lama iaitu 8 jam, pelajar Malaysia di Sudan bawa kami jalan-jalan makan di luar. Kalau nak tunggu luar airport itu 8 jam, memang bosan lah.

Dah habis makan semua, patah balik airport, selesaikan registration dan masuk balik ke balai perlepasan. Akhirnya kami menarik nafas lega selesai akan tetapi sampai sahaja di kaunter check in, setelah beratur lama tiba giliran kami nak check in baggage.

Tiba-tiba staf jaga kaunter tanya “Mana kad demam kuning?” Saya pun terpinga-pinga memandang ustaz Saifullah Tzi, ustaz tengok muka saya, kad apa pula ni. Ustaz pun kata mana ada kad, kami transit sahaja dari Yemen ke Jeddah. Kemudian, staff tersebut menegaskan bahawa tanpa kad demam kuning kami tidak boleh check in walaupun kami cuba menerangkan tetapi ditolak mentah-mentah.

dengan student malaysia

Kemudian kami bertanya dimana kami boleh buat kad kuning tersebut, dan staff tersebut minta kami ke kaunter belakang. Kami pun kecewa lah, sudah lah tunggu lama kemudian kena buat kad pula, lepas tu kena beratur semula. Nak tak nak pergi lah kaunter kesihatan dan tanya ada lelaki di situ cakap nak buat kad demam kuning dan dia tanya “Berapa lama anda kat sini?” Ustaz pun kata la, ”Lame apanya, transit 5 jam sahaja sini.”

Kemudian, lelaki itu pun kata dah transit sekejap kami datang ke sini buat apa, tidak perlu kad kuning. Kad kuning kena 10 hari ke atas duduk Yaman baru kena buat, keliru kami mana yang betul.

48382820_1166470096839957_1890350329719947264_n

Saya pun kata pada ustaz, minta lelaki itu tulis atas kertas kata tidak perlu kad kuning, kemudian cop, maka dia pun buatlah. Ingatkan sudah ok, tetapi bagi balik pada staf jaga kaunter itu dia pergi tulis balik atas kertas itu yang kena ada kad kuning. Kami ditendang umpama bola, tanya manager tiada masalah tetapi hanya di kaunter sahaja tidak boleh proses untuk check in disebabkan tiada kad kuning.

Kemudian, staf kaunter check in tidak puas hati, dia bangun dan jalan menuju ke kaunter kesihatan itu, nak juga bertelagah dengan orang kesihatan. Staf tersebut dah macam ketua keselamatan airport saya tengok sedangkan hanya kerani yang menjaga kaunter check in.

48392287_1166470280173272_8823473687828103168_n

Akhir sekali lepas sudah lebih 45 minit sangkut di situ, dia datang balik dan proses tiket kami, elok sahaja, tak faham saya tapi malas mahu kecoh-kecoh. Lepas dia beri boarding pass dan passport, dia minta maaf dan mengakui kesalahannya.

Dah selesai pergi cop passport semua ok tiada masalah. Lebih kurang Yaman juga, satu kerja 5 orang buat, lepas periksa, dia periksa lagi kemudian periksa lagi.

48053272_1166470323506601_2652795977827614720_n

Dan yang paling unik, nak naik tangga masuk kapal terbang ni, atas tangga tu, dia pergi buka meja. Semak beg lagi sekali! Ini memang pertama kali saya rasa depan pintu kapal terbang sebelum masuk dia buka semua beg dan periksa badan. Punya la complicated, nak cari apa pun tak tau.

Pastu fly ke Jeddah seperti biasa. Kat Jeddah baru lah anda rasa airport dia ada sistem sikit, walaupun airport ini tidak moden sangat.

48219058_1166470190173281_7408583775442960384_n

Tapi ingatkan sudah selesai, masuk-masuk flight nak balik Malaysia dari Jeddah, tunggu punya tunggu, dia announce “Ada masalah teknikal, semua turun balik ke departure hall

Allahuu. Belum habis ujian! Sabar sabar sabar. Ini pun tengah menaip di departure hall. Sejam lagi baru boleh naik balik kapal terbang.

Seronok kan travel?

Musafir ini mendidik anda supaya bersabar.
Kalau tidak sabar, duduk rumah sahajalah.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.