Redho Airlines merupakan penerbangan paling tawakal dan paling unik saya pernah naik! Setelah urusan misi kecemasan Yaman selama 8 hari selesai, kini tiba kami balik ke dunia nyata.

Kalau sebelum ni saya menguruskan misi Syria di sempadan Turki, Jordan dan Lebanon, boleh dikatakan banyak juga karenah saya lalui contohnya drone dirampas semasa di Jordan, transit 18 jam, terima kasih kepada kesayangan saya Nadia Rahmat buat kejutan dan macam-macam lagi. Bagi saya, pengalaman berada di Yemen paling unik setakat ini.

90B13275-6A9D-45E2-ACC8-E943ABB7BF41

Sampai sahaja di checkpoint pertama, pintu pagar untuk masuk dia sudah uji iaitu kena tahan kemudian dia tanya sama ada membawa senapang dan jika ada diminta untuk ditinggalkan di situ.

Sesudah meletakkan kenderaan, sebelum hendak masuk ke dalam lapangan terbang, barang-barang kami di scan terlebih dahulu untuk menapis barang-barang terlarang dari memasuki lapangan terbang. Antara barang terlarang tersebut adalah seperti daun khat, senjata api dan batu akik. Benar batu akik yang merupakan batu untuk membuat cincin tidak dibenarkan bawa masuk dalam lapangan terbang dikatakan artifak khazanah negara.

7F4D2112-CBFD-48B5-8B07-3FCA1230C33C

Negara Yaman ini adalah salah satu negara middle east yang termiskin, jadi kemudahan lapangan terbangnya kurang canggih sedikit. Bayangkan boarding pass flight macam tiket masuk funfair sahaja. Tiket tidak di print tetapi ditulis menggunakan tangan sahaja. Malah, nombor tempat duduk pun tiada serta maklumat beg yang check in pun tidak ada. Ikut suka hati kau la nak, yang penting boleh fly sudah lah.

Kemudian, mungkin disebabkan penerbangan Redho Airlines ni hanya sekali seminggu, semua pekerja lapangan terbang kelihatan bersemangat terlebih dan yang menjaga pintu gate masuk sudah seakan-akan officer dah kami tengok.

Pastinya ini disebabkan hanya sehari dalam seminggu sahaja bekerja maka hari itu seperti peluang untuk menunjukkan diri hero. Bayangkan untuk uruskan passport , kalau di Malaysia kita menggunakan satu kaunter sahaja tetapi di sini ada 5 checkpoint!

BF802817-461D-45A9-A826-A32EA49BE31B

Lepas sudah masukkan beg, sebelum cop passport akan ada polis cek betul ke tiket anda on time, jika pas sudah ok, kena cop passport, lepas cop passport beratur pula untuk scan passport.

Kemudian, beratur lagi tunjuk pada yang bertugas untuk memastikan passport sudah di cop dan jika sudah lepas boleh masuk ke waiting lounge. Sebelum menaiki flight, akan ada lagi checkpoint untuk periksa tiket. Bagi saya, seorang sahaja mampu buat semua itu tetapi ini memerlukan sampai 5 orang. Bagi saya unik mungkin sebab kebosanan di lapangan terbang itu seminggu sekali sahaja ada orang.

7DC59B58-9725-48CA-AFBB-F472B439B938
Keadaan di dalam pesawat Redho Airlines

Dah naik flight, kapal terbang tersebut memang dhoif. Maintenance pakai selotep sahaja untuk membaiki panel-panel yang rosak atau longgar.

Akhir sekali, apabila masuk flight, saya tunjuk tiket pada pramugari yang bertugas untuk mengetahui tempat duduk, kemudian pramugari tersebut membalas, “Free seating. You can seat anywhere u want!” Untuk pengetahuan, makanan tidak boleh dipilih dan akan diberikan secara rawak.

Sekian perkongsian saya. Untuk pengetahuan, dalam pesawat 3 jam itu saya memang tawakkal betul. Saya duduk tepi tingkap berdekatan enjin, harap-harap enjin tidak diselenggara menggunakan selotep sahaja. Next, nanti saya akan share pengalaman di airport sudan pula. Lagi unik!

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.