Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Ibu bapa merupakan insan yang penting dalam kehidupan kita dan pastinya setiap anak mengimpikan untuk membahagiakan ibu bapa mereka yang telah banyak berjasa kepada mereka.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter Amirul Syahmi telah berkongsi di laman sosialnya dimana dia dan adik-beradiknya telah membuat kejutan untuk ayahnya dengan menghadiahkan sebuah motosikal.

Pemberian Amirul Syahmi bersama adik-beradiknya itu adalah kerana motosikal ayahnya sering meragam tetapi tidak pernah walaupun sekali ayahnya mengadu pada anak-anak. Dia juga berharap bahawa dengan pemberian tersebut akan memudahkan ayahnya untuk berulang-alik kerja.

Malah, mereka adik-beradik merancang untuk membuat kejutan tersebut selama 2 bulan dan berjaya membuat ayah mereka berasa terharu. Dapat dilihat melalui video yang dikongsi, ayahnya menangis kerana terharu dengan kejutan oleh anak-anaknya.

Paling lucu apabila bagi memastikan perancangan mereka adik-beradik berjaya, pada malam sebelum kejutan, mereka terpaksa menghilangkan motosikal yang digunakan ayahnya.

Pastinya perkongsian ini dapat memberikan inspirasi kepada anda di luar sana untuk berbakti kepada kedua ibu bapa anda. Tanpa mereka, siapalah kita sekarang.

Anda Mungkin Suka