Sebelum ini kita mungkin ada membaca di berita dalam dan luar negara mengenai mangsa rogol, dicabul dan sebagainya. Namun untuk mendapatkan kupasan lanjut mengenai penderitaan seorang lelaki yang pernah menjadi mangsa pedofil di dalam negara kita mungkin sesuatu yang jarang kita dengari.

Di dalam temubual, Sufi Rashid yang merupakan juara Akademi Fantasia 2015 yang kini bekerja sebagai seorang penyanyi dan ahli perniagaan turut berkongsi pengalaman beliau sebagai salah seorang mangsa pedofilia.

Dikatakan pengalaman pertama beliau sebagai mangsa pedofilia bermula sejak beliau berumur 12 tahun. Pada ketika itu beliau dipilih sebagai salah seorang penyanyi idola kecil dan turut dibantu oleh seorang pengurus.

shutterstock_166235003-768×614

Beliau menceritakan pada mulanya hubungan beliau bersama pengurus sangatlah akrab berikutan pengurus yang menjaganya dengan baik. Semuanya berjalan dengan profesional sehinggalah suatu hari pengurus beliau mengajak untuk tidur dirumahnya.

Memandangkan Sufi masih kecil dan naif ketika itu, beliau tidak sangka apa yang disuruh lelaki tersebut menjurus kepada aktiviti terkutuk. Mulanya pengurus memanjakan beliau dengan permainan serta komputer riba.

Kemudiannya, Sufi diminta untuk membuka baju ketika tidur dan disuruh untuk memegang perkara yang tidak sepatutnya. Beliau turut berkongsi beliau diliwat oleh pengurus tersebut yang mana ‘seleranya’ adalah kepada anak-anak kecil.

Beliau turut mengatakan pemangsa sangat licik dalam menjalan ‘aktiviti’ sehinggakan ibunya juga pada mulanya tidak menyangka lelaki tersebut mempunyai keinginan yang sedemikian. Di hadapannya ibunya pengurusnya menunjukkan perilaku yang sangat sopan manakala dibelakang tersingkap sisi gelapnya.

Lebih menyayat hati apabila lelaki tersebut berjaya memperdayakan orang ramai seolah ibunya adalah sekadar memfitnah sehingga ibunya dibuang kerja apabila mula mengetahui perkara sebenar. Sudahlah mengamalkan perbuatan terkutuk, kejam bersama orang ramai pula.

Sufi Rashid di dalam temubual ini juga terpaksa menggunakan beberapa terma kiasan untuk menerangkan situasi sebenar yang berlaku buat dirinya serta keluarganya. Beliau juga turut menyatakan berat untuk dirinya menceritakan tentang perkara yang berlaku namun untuk pengajaran buat semua, beliau terpaksa kongsikan untuk dijadikan pengajaran buat orang ramai.

Jelaslah, menjadi mangsa pedofil ini sangat memberi kesan mendalam buat seseorang individu serta keluarga. Melihat daripada perspektif mangsa juga sudah cukup mengerikan apatah lagi menjadi mangsa yang melalui semuanya.

Pastikan ibubapa diluar sana sentiasa memantau dan mengambil berat mengenai masalah anak serta kenalan anda. Mereka mungkin tidak menyedari perkara ini jijik sewaktu masih kecil namun kesannya tetap akan ada. Semoga kanak-kanak serta keluarga kita terhindar daripada menjadi mangsa pedofil yang seterusnya.