Paa Joe adalah pereka keranda paling ‘extreme’ di Ghana. Dia mencipta pelbagai jenis keranda dengan reka bentuk yang menarik dan pelik.

Antara yang menjadi tarikan adalah keranda dengan reka bentuk kasut Air Jordan atau bag tangan jenama Louis Vuitton x Supreme.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Reka bentuk jenis ini biasanya dipesan oleh pelanggan yang gilakan fesyen dengan barangan berjenama, katanya.

Keranda dengan reka bentuk yang ‘gila’ bukan hal baru di Ghana. Dalam tradisi Abebuu Adekai yang popular di kalangan komuniti Ga. Upacara pemakaman akan berlangsung dalam waktu yang panjang dan lama.

b4035b32193b81555b48dfe76995385c_original

Bagi mereka, kematian seharusnya diraikan dengan kebahagian buat si mati dan untuk itu mereka menitikberatkan reka bentuk keranda bagi mengingati serta menghargai si mati.

Mencipta keranda dengan pelbagai reka bentuk telah menjadi aktiviti turun temurun buat keluarga Paa Joe. Ayahnya menurunkan ilmu itu kepadanya sewaktu dia berumur 16 tahun lagi.

Dia yang terkenal di Ghana mempunyai ramai pengikut di Instagram peribadinya. Semua ini disebabkan reka bentuk pelik yang dihasilkan oleh Paa Joe.

Antara penghargaan yang pernah dimenangi oleh beliau adalah karyanya pernah dipaparkan di Pompidou Centre di Paris, V&A di London dan Museum Brooklyn di New York.

Bagi beliau, acara pengebumian sepatutnya dirayakan di seluruh dunia kerana kita akan menghantar si mati ke destinasi terakhir untuk si mati berehat sambil bergaya.

Sumber