Sebenarnya, Batman wujud di dunia nyata. Julian Checkley adalah peminat cosplay tegar dan sudah mencipta baju kostum semenjak umurnya 7 tahun. Minat dan bakat beliau banyak digunakan dalam pembuatan kostum di dalam filem.

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

Kerana minatnya yang mendalam dalam membuat kostum, beliau mendapat pengiktirafan rekod dunia Guiness untuk kostum Batman ini. Mana tidaknya, kostum beliau ini sangat real kerana dilengkapi dengan 23 aksesori yang berfungsi sepenuhnya.

Antara gajet yang dilengkapi pada kostum ini adalah projektor logo Batman, stun gun, Batarang, Fireball shooter, Bat cam, smoke bomb dan bermacam lagi. Boleh dikatakan ini adalah replika kostum Batman paling hebat pernah dibuat oleh seorang peminat. A true geek!

bat 3

Bat 1

bat 2

Julian mungkin Bruce Wayne di dunia sebenar. Lihat temubuat lelaki ini di bawah. Memang hebat kostum beliau ini. Cuma jangan minta Julian buka topeng muka ketika dia sedang memakai kostum ini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group