Tidak mahu menjadi seperti kacang yang lupakan kulit, seorang lelaki dari Filipina ini tekad untuk membalas jasa kedua ibu-bapa angkatnya dengan menghadiahkan sebuah rumah mewah dengan tujuh bilik tidur.

Perkara itu dikongsikan Jayvee Lazaro Badile II di Facebooknya yang kemudiannya mendapat perhatian netizen yang memuji tindakannya itu.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian tersebut sudahpun mendapat lebih 30,000 shares dan 17,000 likes di Facebook.

“Nanay dan Tatay (ibu-dan bapa angkatnya) sangat miskin dan tidak mempunyai apa-apa.

“Tetapi apa yang mereka ada sudah cukup untuk mengubah kehidupan seorang budak (Lazaro Badile),” kongsinya di Facebook.

Dalam satu temu bual bersama Bored Panda, Lazaro Badile memberitahu dia hanya berusia tiga tahun ketika pasangan itu mengambilnya sebagai anak angkat.

angkat 1
FOTO: BORED PANDA / JAYVEE LAZARO BADILE II

“Saya perlu bekerja ketika masih di bangku sekolah, dan kami semua sangat gembira jika dapat makan dua kali sehari,” katanya.

bored panda
FOTO: BORED PANDA / JAYVEE LAZARO BADILE II

Ini beberapa gambar rumah yang didiami Lazaro bersama kedua ibu-bapa angkatnya ketika masih kecil.

apt 4
FOTO: BORED PANDA / JAYVEE LAZARO BADILE II
apt 3
FOTO: BORED PANDA / JAYVEE LAZARO BADILE II
apt 2
FOTO: BORED PANDA / JAYVEE LAZARO BADILE II

Bagaimanapun berkat usaha kerasnya bekerja dalam bidang jualan dan pemasaran, Lazaro Badille kemudiannya berjaya membalas jasa kedua ibu bapa dan bapa angkatnya.

lazaro 1
FOTO: BORED PANDA / JAYVEE LAZARO BADILE II

Lebih menggembirakan, Lazaro memberitahu dia membeli rumah tersebut secara cash dan bukannya berhutang.

house 1
FOTO: BORED PANDA / JAYVEE LAZARO BADILE II

“Saya membayar rumah ini secara cash dan ia dibina dalam masa setahun. Ada tujuh bilik tidur kesemuanya dan kami tidak membawa apa-apa daripada rumah lama kecuali TV yang saya belikan mereka pada Krismas yang lalu,” kongsinya.

Beberapa gambar rumah mewah tujuh bilik tidur yang telah siap dibina dan dikongsikan beliau.

house 2
FOTO: BORED PANDA / JAYVEE LAZARO BADILE II
christmas 1
FOTO: BORED PANDA / JAYVEE LAZARO BADILE II
happy
FOTO: BORED PANDA / JAYVEE LAZARO BADILE II

Selain menghadiahkan rumah buat keluarga angkatnya, dia juga tidak lupa untuk menghadiahkan mereka dengan percutian dan berbelanja barang-barang mewah.

“Kini peluang saya untuk membalas jasa baik mereka, saya akan pastikan mereka dapat hidup lebih baik dari apa yang mereka pernah impikan selama ini,” tambahnya.

shopping 1
FOTO: BORED PANDA / JAYVEE LAZARO BADILE II
cuti
FOTO: BORED PANDA / JAYVEE LAZARO BADILE II

Tindakan yang dilakukan oleh Lazaro Badille ini perlu dicontohi oleh setiap dari kita.

Tidak kira siapa sekalipun yang membesarkan kita sama ada keluarga kandung ataupun keluarga angkat, kita mestilah membalas jasa mereka bila sudah berjaya.

Baca kisah lelaki ini yang berjaya menjadi pelukis hebat selepas mendapat dorongan tidak berbelah bagi dari keluarganya. Klik pautan untuk membaca. 

Walaupun ‘Ditipu’ Semasa Kecil, Lelaki Ini Hargai Sokongan Ibunya Hingga Jadi Pelukis Hebat

Benarkah Ada Sesetengah Nama Itu ‘Berat’ Untuk Ditanggung Oleh Pemiliknya?

Dua Kali Menangis, Lelaki Ini Kongsi Kisah Sayu Bantu Keluarga OKU Di Lebuh Raya

 

 

Sumber