Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan bahawa lebih 375,000 peminjam PTPTN tidak pernah membuat pembayaran balik pada bulan November 2019.

Hal ini pastinya akan memberi kesan untuk orang lain membuat pinjaman kelak. Bagi anda yang setiap bulan membuat pembayaran semula, pasti ada daripada anda yang inginkan diskaun dan penjimatan dalam membuat pembayaran semula, bukan?

apple ncig
HYPE
Setanding Apple, Syarikat Anak Watan Ini Sedia Lancarkan Produk Secara ‘Virtual’ Dari Tampin
Baca lagi →

Perkongsian pengguna Facebook Azmy Mokhtar tentang cara beliau berjimat dalam membuat pembayaran semula PTPTN melalui aplikasi Boost mendapat perhatian ramai orang. Ikuti perkongsian beliau di bawah ini.

Terkejut abang staf PTPTN harini bila mana aku bagitahu, aku bayar ptptn guna cara lain. Dia kata, jimat guna cara tuu…..

Posted by Azmy Mokhtar on Tuesday, 11 February 2020

1. Muat turun aplikasi Boost

Buat anda yang tiada aplikasi Boost, anda boleh muat turun dan daftar aplikasi Boost pada telefoon pintar anda. Jangan lupa gunakan invitation code: moh46zh.

2. Cara buat pembayaran

Login aplikasi dan terus ke bahagian Profile > Missions > Take A New Mission > Pay PTPTN Bill RM200. Pastikan anda mempunyai 100 Boost Coins untuk mengaktifkannya. Untuk dapat 100 Boost Coins ini senang sahaja, anda boleh bayar apa-apa bil atau top-up menggunakan aplikasi Boost.

61fe

65d2

3) Tebus reward

Selepas pembayaran selesai dibuat, anda boleh claim reward RM3.50. Maksudnya, dari RM200 yang dibayar, sebenarnya saya hanya keluarkan duit RM196.50 sahaja. Cara ini kira lebih jimat berbanding bayar guna kaedah perbankan dalam talian yang mana harganya tetap dan tiada diskaun.

Walaupun anda melihat nilainya sedikit, akan tetapi jika pembayaran dilakukan menggunakan cara ini banyak kali, anda masih boleh berjimat. Bagi anda yang mahu dapatkan nombor akaun PTPTN, bolehlah datang ke mana-mana kiosk PTPTN berdekatan untuk mendaftar diri bagi pengaktifan kali pertama sebagai pembayar hutang.

Semoga perkongsian ini setidaknya dapat membantu anda untuk meringankan komitmen bulanan hutang anda. Di bawah ini kami kongsikan beberapa artikel berkaitan PTPTN yang mungkin bermanfaat untuk anda.

Ini Cara Peminjam PTPTN Bebas Dari Rekod Buruk CCRIS

‘Bayar PTPTN Setiap Bulan, Masih Kena CCRIS Lagi’, Ini Jawapan Untuk Anda

Adakah ‘Reschedule’ Pinjaman Satu Kesilapan Atau Penyelesaian, Dan Kaitan Dengan PTPTN

Anda Mungkin Suka