Beberapa hari lalu, rakyat Malaysia digemparkan dengan sebuah video tular yang memaparkan sekumpulan pendatang asing tanpa izin bertempiaran lari apabila markas mereka diserbu oleh pihak imigresen. Anda boleh baca artikel ini di sini.

Susulan dengan video tular itu, seorang pengguna Twitter tampil mendedahkan pusat operasi sindiket penipuan pelaburan dalam talian membabitkan warga China yang ditumpaskan Jabatan Imigresen Rabu lalu berbau busuk.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pengguna Twitter yang menggunakan nama @aimankamil_ menceritakan pengalaman beliau ketika memasuki premis berkenaan untuk melakukan kerja pemasangan internet.

Menerut beliau, kejadian ini berlaku di Wisma Mustafa Kamal Tower 2, Neo @ Domain, Cyberjaya.

https://twitter.com/aimankamil_/status/1197509633331449863

Beliau pada mulanya hanya menyangka bahawa premis berkenaan merupakan sebuah kelas kerana mempunyai banyak komputer dan setiap satu meja mempunyai satu komputer.

“Bilik server mereka yang akhir aku siapkan di tingkat 5, ambil masa sikit sebab kadang-kadang reading high jadi kena banyak bersabar.

“Dalam bilik tu sangatlah padat dengan orang-orang China dengan bau hanyir tak mandi apa semua macam kau pakai baju basah peluh lepas tu kepamkan dalam loker,” tulisnya di laman Twitter.

Beliau turut mendedahkan bahawa pekerja sindiket ini memulakan tugas mereka pada jam 8 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari. Mereka ini juga datang ke negara ini menggunakan pas melawat dan akan ada seorang ketua yang akan memberi arahan untuk memastikan pekerja-pekerja ini tidak ‘kantoi’ dan ditangkap.

Sumber: Malaysia Immigration News Update

“Jadi kerja yang diorang buat ni hanya untuk scam orang dengan pelbagai cara termasuklah menyamar jadi polis, banker dan sebagainya. Sebab ada satu kes ada pak cik ni kerja penoreh getah kena scam dengan ‘banker’ untuk selesaikan baki bayaran kad kredit,” katanya lagi.

Menerusi bebenang yang ditulis oleh @aimankamil_, dia turut mendedahkah pekerja warga China terbabit mempunyai pasar raya sendiri berhampiran kawasan tersebut.

“Kadang-kadang menyampah juga dengan diorang ni sebab domain tu tempat kita orang melepak makan pastu mereka jalan tengah-tengah jalan macam tak ada apa tetiba meludah,” tulisnya.

Beliau turut mendedahkan bawah setiap tingkat mempunyai 10 hingga 20 buah CCTV dan pihak imigresen sudah berkali-kali cuba untuk menyerbu markas tersebut tetapi gagal kerana sindiket ini mempunyai ‘mata-mata’ yang menjaga mereka.

https://twitter.com/aimankamil_/status/1197683196382437377

Namun, pada serbuan besar-besaran yang dilakukan pada Rabu lalu di Cyberjaya, seramai 680 warga China termasuk 77 wanita masing-masing berusia antara 19 hingga 35 tahun berjaya ditahan.

Terdahulu, tular satu video yang memaparkan sekumpulan pendatang asing tanpa izin bertempiaran lari apabila markas mereka diserbu oleh pihak imigresen. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Sanggup Terjun Bangunan, Imigresen Serbu Markas Sindiket ‘Online Scam’ Terbesar Di Cyberjaya

Wanita Ini Dedah Taktik ‘Scammer’ Tipu Pembeli Menerusi Iklan Di Facebook

Lihat Cara ‘Cool’ Peguam Ini Tangani Scammer

Sumber