Saya keluar dari hotel agak lewat sikit untuk solat Jumaat, ruang solat di sebelah dalam sudah penuh. Jadi, saya hanya solat di kawasan dataran Masjid Nabawi. Selesai solat Jumaat, jemaah berpusu-pusu keluar. Saya masih duduk di atas sejadah, berzikir dan berdoa.

Apabila jemaah sudah mula bersurai, saya pun bangun. Tiba-tiba saya disapa oleh seorang lelaki berjubah putih dan berjanggut senyum kepada saya. Adakah dia adalah malaikat utusan Tuhan di tempat dan hari yang mulia ini?

Mala Mala Serve 1
HYPE
Keunikan Rasa ‘Pedas Kebas’ Yang Sedap Di Mala Mala
Baca lagi →

Lalu, dia memeluk bahu saya dan bertanya;

“Malizi?”
“Naam,” jawab saya.

Kemudian dia pegang poket jubah saya tanda ingin meminta wang sambil buat cerita sedih.

Saya sudah dapat agak niat jahat dia. Saya pun terus membentak sambil menghalau dia. “Kau kenapa?” (Acah-acah sahaja bagi dia takut)

Apabila dia lihat saya mengamuk, dia pun beredar dan cari mangsa lain. Saya perhati dari jauh, dia pergi kepada orang melayu lain. Sama ada warga Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura ataupun Brunei.

Saya rasa dia tahu orang Melayu ini terlalu baik hati. Kalau pergi dekat orang Arab, memang kena maki. Dia mendekati seorang jemaah Indonesia ini, dia guna modus operandi yang sama seperti mana yang dia buat pada saya tadi.

scammer

Mula-mula lelaki itu keluarkan duit seriyal seriyal. Lepas itu, scammer ini ‘pau’ lagi. Dia bagi 5 riyal lagi. Lepas itu, scammer ini terus ambil semua duit kat tangan lelaki itu tanpa rasa bersalah dan terus pergi.

Lelaki tersebut macam blur dan macam terpukau bagi sahaja semua duit dia dalam poket. Mungkin dia rasa orang yang dia bantu itu orang soleh atau sheikh. Bayangkan, kalau dia jumpa 10 orang mangsa setiap hari dan ada yang terpedaya. Jemaah yang datang ini bukan semua orang senang. Menabung bertahun-tahun untuk boleh tunaikan fardhu haji.

Orang seperti ini, memang ada merata-rata. Contoh lain, ada yang jual produk ubat tepi jalan katanya khasiat produk tersebut boleh sembuhkan bermacam penyakit. Kita pun tidak tahu apa kandungan dan ada kelulusan tak produk tu.

Pesanan saya kepada para jemaah haji semua, memang niat kita dan semua jemaah datang tanah suci ni untuk ibadah. Tapi, jangan sangka semua orang di sini malaikat. Selagi namanya manusia pasti ada yang berniat tidak baik dan mengambil kesempatan di atas kebaikan kita. Kalau ada ahli keluarga anda yang sedang mengerjakan haji, tolong berpesan-pesan.

Perkongsian daripada saudara Zabidi Hj Azhar ini pastinya dapat memberikan peringatan kepada anda yang bakal ke sana tidak lama lagi agar tidak menjadi mangsa scammer di sana. Walaupun Mekah adalah tempat suci, tetapi perkara tersebut boleh berlaku berikutan manusia tidak sempurna dan sering melakukan kesalahan.

Artikel di atas disumbangkan oleh Zabidi Hj Azhar. Beliau merupakan graduan Universiti Al-AlBayt, Jordan. Berpengalaman menjadi seorang Mutawwif dan Juga Perunding Kewangan dan Pusaka Islam.. Boleh ikuti beliau di sini. Pautan artikel asal.

Anda Mungkin Suka