Tidak dapat dinafikan, kecantikan tempat di Korea Selatan menjadi antara sebab utama ramai pelancong yang ingin ke Korea Selatan. Sedia maklum, kita tidak perlu memohon visa jika hendak melancong ke Korea Selatan.

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila seorang wanita berkongsi akan kisah rakannya yang ditahan oleh pihak imigresen Korea Selatan selama 4 jam sebelum dibenarkan memasuki negara tersebut.

apple-iphone-11-pro-camera-memes-01
HYPE
5 Mitos Yang Tidak Benar Tentang iPhone 11
Baca lagi →

Berikutan itu, seorang pengguna Twitter @asoshiation telah berkongsi beberapa cara untuk menjawab soalan pihak imigresen supaya tidak ‘terkandas’ dan terpaksa pulang semula saat itu juga.

Menurut beliau, kawalan imigresen Korea Selatan yang ketat sekarang disebabkan oleh terlalu ramai anak muda Malaysia yang bekerja secara tidak sah di ladang, kilang, atau hotel. Pasti anda tahu yang pemegang visa pelancong hanya sah untuk 90 hari dan pemegang visa pelancong tidak dibenarkan sama sekali bekerja atas alasan apa-apa sekalipun.

Pastinya hal ini sedikit sebanyak mempengaruhi pelancong dari Malaysia yang hanya ingin melancong dan bukan bekerja secara haram. Oleh itu, beliau dedahkan beberapa tip untuk anda yang ingin melancong ke sana.

Anda wajib tahu tempat penginapan anda kerana pihak imigresen akan mula curiga jika anda tidak tahu di mana anda akan menginap. Anda kena tahu beberapa butiran seperti alamat penginapan dan nombor telefon pemilik serta sebagainya.

Selain itu, anda juga haruslah mencetak maklumat penerbangan dan itinerari yang anda bakal lakukan di Korea.  Malah, jika anda ingin bawa makanan atau ubat, anda haruslah listkan semua jenis makanan dan ubat-ubatan.

Malah, anda juga haruslah memiliki tiket pulang ke Malaysia untuk memastikan anda akan balik ke Malaysia. Soalan yang sering ditanya adalah dimana anda akan tinggal dan berapa lama anda akan berada di sana.

Jadi, anda haruslah memberikan maklumat yang lengkap kepada pihak imigresen. Malah, jika anda melancong secara solo atau berdua, berterus terang sahaja dan tidak perlu putar belit.

Semoga perkongsian tip ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang akan ke Korea Selatan tidak lama lagi. Anda mungkin ingin tahu tempat-tempat menarik di Korea Selatan yang boleh dikunjungi. Klik pautan di bawah untuk ketahui.

7 Destinasi Menarik Yang Buatkan Busan Digelar ‘Hidden Gem’ Korea

7 Tarikan Menarik Yang Buatkan Anda Tidak Jemu Dengan Pulau Jeju

Pelancong Malaysia Ini Ditahan Di Imigresen Korea Dan Hampir ‘Balik Hari’

Anda Mungkin Suka