Sebuah akaun Twitter dengan nama Insan Kamil dikecam selepas menuduh netizen ‘menyembah’ Khairulaming, seorang pengaruh media sosial yang terkenal dengan video masakan. Tidak pasti apa motif beliau, tetapi ciapan yang dimuat di akaun Twitter beliau hadir selepas netizen memuji KA di hari lahirnya yang ke-30.

“Khairul Aming adalah salah satu berhala yang disembah ramai. Jauhilah dari menyembah berhala berhala ciptaan Taghut yang melalaikan manusia kerana tidak ada apa yang dapat berhala ini semua lakukan untuk anda. Allah jua yang dapat menyelamat dan melindungi,” tulis Insan di akaun Twitter miliknya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Ciapan yang dimuat naik ini nampaknya tidak berakhir dengan baik. Pelbagai kecaman dan kritikan telah dilontarkan kepada Insan kerana terlalu keterlaluan menuduh seseorang itu ‘berhala yang disembah ramai’. Sebahagian netizen pula meminta agar Insan memahami perbezaan diantara sembah dan kagum dengan kejayaan seseorang.

Sebelum ini, Khairulaming telah berkongsi sebuah video khas yang merangkumi perjalanan hidupnya dari umur 20 tahun hinggalah ke usianya sekarang, 30 tahun. Menerusi video tersebut, dapat dilihat perjalanan Khairulaming yang bermula dengan bekerja sebagai engineer dan mula mencari ‘duit tepi’ dengan menjual sambal.