Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Bekerja sebagai pemandu van kawalan keselamatan yang perlu menghantar barangan penting misalnya wang tunai bukanlah satu tugas yang mudah untuk dilakukan. Malah, ia berisiko tinggi dan pastinya ada penjenayah yang ingin merompak van tersebut.

Baru-baru ini, tular satu rakaman video dash cam di Twitter mengenai seorang pemandu van kawalan keselamatan yang masih boleh memandu dengan tenang di saat dia bersama rakan sekerjanya diserang oleh sekumpulan perompak bersenjata yang cuba merompak wang tunai yang ada dalam van tersebut. Difahamkan, kejadian itu dilaporkan berlaku di Afrika Selatan, lapor NY Post.

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →

Berdasarkan video, pemandu tersebut pada awalnya kelihatan panik setelah tingkap van tersebut hampir ditembusi beberapa peluru yang ditembak oleh perompak. Dapat dilihat van tersebut juga diapit dua buah kereta yang dipandu oleh perompak.

Walaupun ketika itu berada dalam situasi yang genting namun pemandu van berkenaan masih boleh bertenang serta kembali fokus kepada pemanduannya demi memastikan van tersebut tidak hilang kawalan dan terbabas.

“Mereka mengejar kita,” kata pemandu van itu sambil menghulurkan telefon bimbit dan senapang ‘rifle’ kepada rakannya.

Dia kemudiannya menyuruh rakannya itu menghubungi pihak berkuasa keselamatan untuk meminta bantuan kecemasan. Situasi bertambah menarik apabila rakannya juga masih boleh bertenang dan senapang yang dipegangnya tidak digunakan untuk menembak atau menghalau perompak.

Nasib menyebelahi mereka apabila perompak berkenaan gagal untuk memberhentikan van dan mereka terselamat dan berjaya meloloskan diri daripada dikejar perompak. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan namun perompak pulang dengan ‘tangan kosong’. Setakat ini tiada kenyataan yang melaporkan sama ada perompak berkenaan sudah berjaya diberkas polis ataupun sebaliknya.

Butik streetwear ini tenang meminta perompak kembalikan telefon pintarnya yang tercicir. Klik pada pautan di bawah untuk bacaan selanjutnya.

Butik ‘Streetwear’ Ini Tenang Minta Perompak Kembali Ambil Telefon Pintarnya Yang Tercicir

Pemandu SUV Hilang Kawalan, Lamborghini Bernilai RM1.8 Juta Rentung Terbakar

Diapit Depan Belakang, Pekerja Syarikat Pengedar Emas Dirompak Di Lebuhraya Sungai Besi

Anda Mungkin Suka