Seorang lelaki di Australia telah disaman oleh pihak berkuasa kerana telah melanggar perintah penguncian dengan melakukan perjalanan ke luar kawasan untuk bermain Pokémon GO.

Lelaki itu sebelum ini telah disoal siasat oleh pihak polis yang musykil mengapa dia boleh berada 14 kilometer dari kawasan rumahnya di Sunshine. Dia kemudiannya mengaku bahawa dia melanggar perintah penguncian untuk bermain permainan telefon pintar dan telah didenda sebanyak $ 1,652 [RM5,000].

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk rekod, lelaki tersebut bukanlah orang pertama yang disaman oleh pihak berkuasa kerana bermain Pokémon GO. Terdahulu, dua lelaki masing-masing didenda kerana berkeliaran di sekitar Melbourne untuk bermain permainan yang sama.

Polis Victoria dan pihak berkuasa kerajaan negeri merasa kecewa dengan sikap orang ramai yang masih melanggar peraturan penguncian yang telah ditetapkan bagi membendung jangkitan COVID-19.

Di bahagian pemeriksaan kenderaan pula, polis Melbourne telah mengeluarkan 26 saman kepada mereka yang melanggar arahan Ketua Kesihatan, sementara 18 saman dikeluarkan kepada mereka yang tidak memakai pelitup muka.

Melbourne telah memasuki perintah penguncian Tahap 4, orang ramai tidak dibenarkan keluar lebih dari 5 km dari kawasan rumah mereka.

Terdahulu, seorang lelaki kongsi rahsia turun berat badan dengan hanya bermain Pokémon GO. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Lelaki Ini Berjaya Turunkan Berat Badan Sebanyak 63kg Dengan Hanya Bermain Pokemon Go

Pokemon Go ‘Gen 2’ Kini Sudah Boleh Ditangkap, Fungsi Tukar Dan Lawan Akan Datang Menurut Niantic

‘Kegilaan’ Bermain Pokemon Go Buatkan Lelaki Ini Dipilih Sebagai Duta ASUS