Mencari dan memberikan hadiah kepada ahli keluarga atau kenalan yang baru mendirikan rumah tangga ada ketikanya boleh menjadi tugas yang agak sukar buat sebahagian daripada kita.

Namun itu bukan kesnya dengan seorang jejaka di Twitter Afn Hmzn atau nama sebenarnya Muhammad Arib Affan Mohd Hamzan yang berkongsikan kisahnya menghadiahkan ubah suai rumah bernilai RM90,000 kepada abangnya baru-baru ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ubah suai yang bernilai hampir seratus ribu ringgit itu difahamkan mengambil masa sehingga empat bulan untuk disiapkan seperti dalam gambar yang dikongsikan beliau di Twitter.

AnyConv.com__afn1
Gambar sebelum dan selepas ubah suai di bahagian hadapan rumah abanngnya. FOTO: TWITTER AFNHMZN

“Ambil masa empat bulan untuk siapkan ubah suai rumah abang saya.

“Ianya adalah hadiah kahwin kepada abang saya dan ianya percuma. Berikut beberapa gambar sebelum dan selepas,” kongsinya.

Rumah berkenaan yang difahamkan sudah pun berusia lebih 20 tahun kelihatan tampil lebih bergaya dan ubah suai yang dilakukan beliau yang lengkap dengan kemasan dan perabot.

Berikut adalah beberapa bahagian rumah berkenaan yang telah diubah suai dan dikongsikan beliau di hantarannya sebelum ini.

  • Tangga

AnyConv.com__tangga

  • Ruang tamu

AnyConv.com__ruang tamu

  • Ruang makan

AnyConv.com__ruang makan

  • Dapur

AnyConv.com__dapur

  • Kabinet dapur

AnyConv.com__kbainte

  • Tandas

AnyConv.com__tandas

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian yang dibuat di Twitter itu sudah pun meraih hampir 5,000 retweet dan menerima pujian daripada netizen di atas ubah suai yang telah dilakukan.

Anda boleh melihat kembali perkongsian asal yang dibuat di Twitter di mana beliau turut menjawab persoalan daripada netizen mengenai ubah suai yang dilakukan.

https://twitter.com/AfnHmzn/status/1352882720607670272

Baca juga perkongsian kami sebelum ini mengenai ubah suai rumah teres kepada rekaan minimalis melalui pautan di bawah. 

Lihat Bagaimana Rumah Teres Ini Diubahsuai Dengan Rekaan Moden Dan Minimalis

Cantik Dan Kemas, Lihat Transformasi Rumah Flat Dengan Rekaan Moden Bermodalkan RM1,300

Lama Terbiar, Lihat Bagaimana Rumah Kampung Ini Diubahsuai Dengan Rekaan Moden

Sumber