Nota Editor: Rekaan prototaip Proton Satria ini dihasilkan oleh Tuan Najmi Rosdi seorang graduan dari UTM dalam jurusan Industrial Design. Kini, beliau bekerja sebagai designer di Kuala Lumpur. Minat Najmi terhadap automotive design membuatkan beliau menghasilkan rekaan rekaan kereta. Lawati laman Behance beliau untuk siri foto penuh.

Proton Satria bakal ditamatkan pengeluaran hujung tahun ini. Ini amat mendukacitakan peminat-peminat kereta hatchback 3 pintu ini. Saya masih yakin kereta ini masih ada permintaan dalam pasaran. Ia cuma perlukan rekaan yang lebih menarik dan menepati citarasa terkini. Ia juga harus selaras dengan perkembangan teknologi kereta pada masa kini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berkenaan rekaan ini, saya membuat kajian terhadap beberapa kereta Proton terkini seperti Preve , Suprima dan Iriz. Pada pandangan saya Proton sudah memiliki gaya rekaannya tersendiri . Rekaannya bertemakan ‘timeless design’ yang mengutamakan gaya minimalist seperti yang ada pada rekaan kereta luar seperti Ford, VW dan Audi.

Saya juga membuat kajian mengenai rekaan dua model Satria sebelum ini, Proton Satria dan Proton Satria Neo. Saya kekalkan karekter rekaan Satria asal sebagai rekaan kereta sport dua pintu hadapan. Rekaan lampu depan yang unik juga menampakkan ia adalah sebuah jelmaan baru untuk Proton Satria.

Dari situ tercetusnya idea untuk mereka Proton Satria Concept ini. Saya kongsikan karya ini kerana saya yakin ramai di luar sana berharap ianya menjadi realiti.

proton-satria-concept-1

proton-satria-concept-2

proton-satria-concept-3

proton-satria-concept-4

proton-satria-concept-5

proton-satria-concept-6

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram